berita

Rakyat Korea Protes Perogol Paling Kejam & Dibenci Dibebaskan, Takut Berulang Kembali

December 13th, 2020 | by Amat
Kini Trending

Masihkah anda ingat dengan kisah jenayah rogol paling dibenci oleh rakyat Korea Selatan? Tragedi hitam itu telah berlaku pada 11 Disember 2008 oleh diperlaku bernama Cho Doo Soon terhadap seorang kanak-kanak perempuan berusia lapan tahun. Susulan daripada insiden tersebut, suspek yang berusia 57 tahun ketika itu telah dipenjarakan selama 12 tahun, selain mempunyai rekod jenayah sebanyak 17 kali sebelum ini.

Artikel berkaitan: Kisah Lelaki Paling Dibenci Di Korea, Perogol Kanak-Kanak Berhati Binatang Bakal Dibebaskan Tahun Ini

Terbaharu, suspek telah dibebaskan pada 12 Disember 2020 setelah menjalani hukuman penjara selama 12 tahun. Di Korea Selatan, ramai penduduk tidak berpuas hati dengan kebebasan perogol itu sehingga mereka mogok untuk hukuman yang lebih berat terhadap suspek.

150 rakyat berhimpun protes

Memetik laporan The Straits Times, seramai kira-kira 150 orang berhimpun untuk protes di hadapan rumah suspek yang terletak di bandar Ansan dan 100 anggota polis turut terlibat dalam menjaga ketenteraman di lokasi. Rata-rata rakyat Korea Selatan bimbang akan keselamatan terutamanya terhadap anak-anak mereka, takut peristiwa pada pada tahun 2008 berulang kembali.

Cho Doo Soon sebelum ini pernah mempunyai sebanyak 17 kesalahan jenayah sejak 1972 melibatkan kes rogol dan jenayah. Terdahulu, rakyat Korea juga kurang bersetuju dengan keputusan mahkamah menjatuhkan hukuman penjara selama 12 tahun terhadap di Cho Doo Soon.

Kesan daripada tragedi malang

Menurut ibu mangsa iaitu Sarah Kim masih terkejut ketika mengetahui berita yang menimpa anaknya itu. Dia juga tidak sangka perkara malang itu akan berlaku pada anaknya di usia lapan tahun.

Ayah mangsa berkata mereka sekeluarga tidak dapat berpindah rumah ke tempat yang lebih jauh kerana anak perempuannya yang baru berusia 20 tahun ketika ini bergantung sepenuhnya kepada rakan sekelas dan guru. Tambahnya, mangsa perlu memakai lampin setiap masa kerana kerosakan dan kesan daripada tragedi rogol yang berlaku pada usianya lapan tahun.

Malah, keluarga juga sering membuka siaran animasi atau kartun di televisyen kepadanya ketika di rumah. Ini kerana tidak mahu mangsa tertekan akibat terdengar kes berkaitan jenayah seksual.

Sementara itu, isteri kepada Cho Doo Soon membela suaminya dan menyifatkan suaminya itu seorang yang baik, sentiasa menjaga kebajikan keluarga serta tidak pernah bersifat bengang. Mereka sekeluarga terpaksa berpindah rumah kerana sering dikejar media yang sentiasa ingin mahukan perkembangan kes.

Sentiasa diawasi

Sebanyak 15 unit CCTV diletakkan di sekitar perumahan suspek bagi memantau pergerakannya dan juga keselamatan jiran tetangga yang tinggal di situ. Malah, suspek juga dipakaikan dengan alat elektronik (GPS) bagi memantau ke mana sahaja dia berada selama tujuh tahun.

Undang-undang mahkamah juga melarang untuk si pelaku ke kawasan sekolah, waktu pelajar pergi dan balik dari sekolah serta meninggalkan kediamannya pada waktu malam. Selain itu, peniaga-peniaga di bandar Ansan juga dilarang untuk menjual minuman keras kepada si pelaku.

Sumber: The Straits Times

SKIP THIS AD ×