berita

‘Rakyat Malaysia Agak Sensitif’ – Dikecam Politikkan Banjir Pulau Pinang, Fathia Latiff Mohon Maaf

November 10th, 2017 | by Wan
Isu & Kontroversi

Semenjak dua menjak ini, pelakon, Fathia Latiff sering menjadi sasaran kecaman netizen. Dari kontroversi Bigo Live, ke isu salah tafsir tajuk berita ‘cashless’ dan terbaru kenyataannya kepada Perdana Menteri Malaysia, Datuk Seri Najib Tun Razak yang dilihat cuba ‘mempolitikkan’ insiden banjir di Pulau Pinang.

Artikel berkaitan: ‘PM Tak Pergi Jenguk Ke?’ – Politikkan Banjir Di Pulau Pinang, Fathia Dikecam Netizen

Tindakan aktres ‘Ariana Rose’ itu telah menerima kecaman hebat daripada para netizen yang rata-rata melabel dirinya sebagai ‘artis tidak membantu, yang hanya tahu cakap seolah tiada deria sensitiviti. Rentetan daripada pelbagai kecaman yang diterima, sebentar tadi Fathia tampil memohon maaf secara terbuka menerusi Twitter rasmi sambil menjelaskan dirinya. 

‘Bersuara untuk pihak lain’

Dalam penjelasannya, Fathia menyatakan dia hanya menggunakan dirinya sebagai orang tengah untuk menyampaikan mesej orang ramai kepada pihak tertentu. Katanya, kedudukannya sebagai ‘public figure’ mungkin boleh membantu mesej itu untuk tersebar luas dan sampai ke pihak berkenaan dengan cepat.

Walau bagaimanapun, Fathia tampil memohon maaf sekiranya penulisannya itu dianggap kasar sehingga menaikkan kemarahan mana-mana pihak.

Sumber: Twitter Fathia Latiff

The following two tabs change content below.

SKIP THIS AD ×