berita

Rakyat Minta SOP 2 Orang Dalam Satu Kenderaan Dikaji, Sukarkan Pergerakan Bersama Anak Kecil

November 13th, 2020 | by Amat
Kini Trending

Terdapat beberapa Prosedur Operasi Standard (SOP) yang dikeluarkan pihak kerajaan telah dikuatkuasakan sejak Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB) dilaksanakan termasuk menghadkan jumpah penumpang di dalam sesebuah kenderaan.

Artikel berkaitan: SOP Perintah Kawalan Bersyarat (PKPB) Di Semua Negeri Kecuali Pahang, Perlis & Kelantan

Arahan SOP tersebut telah lama dikuatkuasakan kerajaan namun, perkara itu baru dipertikaikan orang ramai kerana kesulitan mereka untuk melaksanakan aktiviti harian.

‘Berdua lebih baik’

Bagaimanapun, pihak kerajaan mengingatkan semula mengenai SOP melimitasikan hanya dua penumpang sahaja dibenarkan untuk berada di dalam satu kenderaan dari kediaman yang sama. Namun perkara itu mula dipertikaikan dan dipersoalkan sekiranya sesebuah keluarga itu mempunyai bayi untuk dibawa bersama, bilangan tersebut secara tidak langsung sudah dikira tiga orang di dalam kenderaan yang sama.

Sepatutnya dikaji semula

Rata-rata pengguna media sosial mencadangkan agar pihak kerajaan untuk mengkaji semula SOP melibatkan dua penumpang dalam sebuah kenderaan itu. Perkara itu bagaimanapun menyukarkan mana-mana keluarga yang mempunyai bayi dan mempertikaikan keselamatan anak-anak mereka sekiranya terpaksa tinggal di rumah tanpa pengawasan orang tua.

Malah, ada segelintir rakyat mencadangkan agar pihak kerajaan memikirkan sesuatu bagi menyelesaikan masalah rakyat yang tidak memiliki kenderaan sendiri dan terpaksa menyara kehidupan dengan berniaga. Tidak dinafikan, dalam musim pandemik ini memperlihatkan ramai rakyat bersusah payah untuk mencari sumber pendapatan, tambahan pula mereka yang tidak mempunyai kenderaan sendiri. Masalah itu menyebabkan mereka perlu meminta bantuan dari rakan lain yang tidak tinggal serumah.

Sumber: Twitter KKM Putrajaya

SKIP THIS AD ×