berita

Rakyat US Terima Suntikan Lengkap Vaksin Covid-19 Dibenar Keluar Tanpa Pakai Pelitup Muka

April 28th, 2021 | by Wan
Kini Trending

Rakyat Amerika Syarikat yang telah menerima dua dos suntikan vaksin Covid-19 dibenarkan untuk tidak memakai pelitup muka ketika keluar dan menghadiri sebarang majlis perjumpaan dalam skala kecil.

Perkara itu diumumkan oleh Bahagian Kawalan Penyakit (CDC) negara itu pada Selasa. Setakat ini lebih 95 juta rakyat negara itu sudah menerima suntikan vaksin.

Boleh berkumpul

Perdana Menteri Amerika Syarikat, Joe Biden menyifatkan pengumuman itu sebagai satu langkah yang cukup luar biasa dan sangat membanggakan. Biden bagaimanapun menyeru semua rakyat negara itu menerima suntikan vaksin. Sehingga hari ni, 29%. populasi rakyat negara itu sudah menerima vaksin lengkap, 42% menerima satu suntikan, manakala selebihnya masih belum menerima sebarang suntikan.

Data menunjukkan penyebaran virus ini begitu rendah jika anda sudah mengambil vaksin. Anda boleh melakukan lebih banyak aktiviti jika anda sudah menerima vaksin.

Pengarah CDC, Dr Rochelle Walensky berkata arahan ini membolehkan orang awam yang sudah divaksin untuk berkumpul dan menghadiri majlis kecil bersama dengan mereka yang belum divaksin.

Bagaimanapun CDC menyarakan agar orang awam yang sudah divaksin tetap memakai pelitup muka ketika menghadiri majlis yang padat seperti konsert di mana sukar untuk mempraktikkan penjarakan sosial.

Kredit: USNEWS

SKIP THIS AD ×