Sebelum ini, pelakon Ben Amir pernah berkongsi dalam satu video mengenai kehendaknya yang menginginkan bakal isteri yang pandai memasak ayam masak merah.
Artikel Berkaitan: [VIDEO] Ben Amir Letak Kriteria Bakal Isteri Kena Pandai Masak Ayam Merah
Sering dapat DM
Terbaharu, Ben Amir, atau nama sebenarnya, Muhammad Amir Sabaruddin, mendedahkan bahawa setelah video tersebut menjadi tular, dia sering menerima mesej daripada peminat yang ingin menghantar hidangan ayam masak merah kepadanya.
Walau bagaimanapun, dia menganggap semua itu adalah gurauan semata-mata dan tidak mahu mengambil serius.
Memang ramai hantar mesej di Instagram dan aplikasi X nak hantar ayam masak merah.
Tapi saya anggap ia hanyalah sekadar usikan dan gurauan, tiada apa yang serius pun.
Tambah pelakon berusia 33 tahun itu, disebabkan jadual penggambaran, dia tidak mempunyai masa untuk memikirkan tentang jodoh dan tidak mahu terburu-buru dalam perkahwinan.
Setakat ini, belum jumpa, lagipun saya tengah sibuk penggambaran. Manalah ada masa nak cari jodoh.
Walaupun ramai rakan seangkatan sudah berkahwin, tapi saya tak mahu terburu-buru untuk ikut jejak mereka.
Buat masa ini, saya masih seronok dengan kehidupan solo. Banyak lagi benda yang saya nak buat, antaranya mengembara.
Sesetengah orang mungkin perlukan seseorang untuk teruskan hidup atau mahu rasa disayangi, tapi saya tak perlukannya untuk hiburkan hati.
Dalam pada itu, pelakon drama ‘Sweet Dreams’ mengakui dia mempunyai standard yang tinggi dalam memilih teman hidup.
Katanya lagi, dia menginginkan wanita yang merendah diri, pandai dalam menjaga batas pergaulan, berpendidikan dan seorang yang lemah lembut.
Nak cari teman hidup kenalah selektif kerana kita nak hidup bersama sampai bila-bila.