Anugerah Juara Lagu ke-35 (AJL35) telah berlangsung di auditorium MBSA dengan norma baharu. Namun begitu, acara berprestij itu tetap diadakan dengan meriah tanpa kehadiran penonton di dewan.
Artikel berkaitan: ‘Gila’ Juara Anugerah Lagu 35
Jika anda perasan, ada sesuatu menarik berlaku sewaktu persembahan lagu 7 Nasihat yang dinyanyikan oleh Shiha Zikir, Luca Sickta dan Kmy Kmo. Di mana pakaian yang dikenakan Shiha telah bertukar dari baju kurung Kedah ke baju berkonsepkan pahlawan Melayu Nusantara. Sekelip mata je dia tukar persalinan!
Rahsia pertukaran busana
View this post on Instagram
Di Instagram, Shiha Zikir yang menggantikan penyanyi asal iaitu Dato Sri Siti Nurhaliza bagi lagu 7 Nasihat itu berkongsi sebuah video rahsia persalinan pakaian ditukar hanya dalam beberapa saat sahaja. Pada permulaan persembahan dia kelihatan memakai baju jenis kurung Kedah.
Kemudian, penampilan Shiha bertukar kepada baju rona merah berkonsepkan pahlawan wanita Melayu Nusantara dengan bantuan daripada penari Alam Wakaka. Malah, menerusi posting berkenaan dia turut mengucapkan terima kasih kepada pereka pakaian iaitu Sabella kerana sudi menunaikan permintaannya.
Video persembahan
Sementara itu, di ruangan komen YouTube pula rata-rata penonton memuji suara dan persembahan mereka bertiga dalam menyampaikan lagu 7 Nasihat. Persembahan Shiha harus diberi kredit dan pujian kerana dianggap berjaya menggalas tanggungjawab yang diberikan oleh penyanyi asal kepada dirinya.
Sumber: TV3 Malaysia, Shiha ZIkir