berita

Ramalan Penonton Setia Drama ‘Cukup Derita Itu’ Tepat! Ending Lani Cinta Terakhir Zarul, Lana Dah Berubah

December 17th, 2021 | by Amirul Asraf
Kini Trending

Episod akhir drama Cukup Derita Itu musim kedua menyaksikan Zarul (Hisyam Hamid) dan isterinya Ellani (Ruhainies) telah berbaik semula sebagai pasangan suami isteri. Bukan itu sahaja, kakak kembar Ellani iaitu Ellana (Chacha Maembong) akhirnya pulang ke pangkal jalan dan menyesal dengan perbuatan terkutuk yang pernah dilakukan olehnya sebelum ini.

Artikel berkaitan: Tidur Dengan Mat Salleh & Gugurkan Kandungan, Perbuatan Jijik Lana Akhirnya Kantoi! Netizen Puas Hati Tengok Babak Chacha Maembong Kena Cekik

Artikel berkaitan: Jijik & Benci Tengok Muka Isteri, Zarul Akhirnya Ceraikan Ellani – Penonton Rasa Macam Nak Tumbuk Muka Hisyam Hamid?

Artikel berkaitan: Dah Kena Cekik Pun Tak Tahu Malu Tidur Atas Tangan Zarul, Lana Mengandung? Zarul Nak Rujuk?

Akhirnya Lana berubah

Seperti yang dijangka oleh umum, drama karya Siti Rosmizah ini berakhir dengan kebahagiaan. Kesemua watak antagonis dilihat insaf dan menyesal dengan perbuatan masing-masing. Sebagai contoh, Ellana memohon maaf kepada Lani kerana mempunyai niat jahat ingin merampas Zarul. Selain itu, Mak Yek (Didie Alias) sudah mula menyayangi anak tunggalnya iaitu Ayu lakonan (Sera Mellisa). Mak Ngah (Jasmin Hamid) turut meminta maaf kepada Lani selepas melakukan pelbagai perbuatan jahat terhadap wanita tersebut.

Di samping itu, Mak Ngah turut menegur Lana agar kembali ke pangkal jalan dan tidak terus hanyut dengan kehidupan duniawi. Selepas mukanya ditoreh dengan kaca kerana menganggu tunang orang, Lana yakin bahawa sudah tiba masanya untuk dia bertaubat dan meminta maaf kepada semua orang terutama adik kandungnya sendiri iaitu Lani.

Lani cinta terakhir abang

Di Twitter, rata-rata netizen berjaya membuat ramalan mengenai ending drama tersebut. Namun begitu, kewujudan anak kembar Zarul dan Lani yang tidak ditayangkan di kaca televisyen sejak dari awal sehingga ke akhir drama tersebut masih menjadi persoalan.

The following two tabs change content below.

Amirul Asraf

Senior Content Champion at Rev Media Group
I became a writer to come as close as possible to the heart of the world.

SKIP THIS AD ×