berita

Rangkaian Televisyen Media Prima Kekal Nombor 1 Di Malaysia

May 22nd, 2020 | by Wan
Kini Trending

Media Prima Berhad, kumpulan media bersepadu terkemuka di Malaysia mengumumkan keputusan suku pertama bagi tempoh kewangan berakhir 31 Mac 2020 semalam. Berdepan dengan cabaran industri dan impak pandemik COVID-19, Media Prima merekodkan perolehan berjumlah RM238.4 juta dalam suku pertama kewangan berakhir 2020, penurunan marginal daripada RM239.1 juta berbanding tempoh yang sama pada 2019.

Perolehan segmen digital meningkat

Perolehan segmen digital Kumpulan meningkat sebanyak 9% kepada RM18.9 juta disokong pertumbuhan iklan digital dengan kadar 12% berbanding tempoh perbandingan. Bagi tempoh dalam kajian, Media Prima kekal sebagai pilihan paling popular untuk kandungan mudah alih di Malaysia, dan mempunyai pencapaian audiens digital ketiga tertinggi selepas Google dan Facebook.

Perolehan perdagangan Kumpulan meningkat sebanyak 24% bagi suku pertama ini didorong oleh CJ Wow Shop, segmen beli-belah di rumah (home shopping) Media Prima, yang mencatatkan peningkatan perolehan sebanyak 18% dan peningkatan jumlah pelanggan sebanyak 27%. CJ Wow Shop juga telah memperluaskan capaian dalam talian melalui laman web dan platform mudah alihnya yang menyumbang lebih 40% daripada jumlah jualan bagi suku pertama tahun ini.

Tontonan paling tinggi

Perolehan tradisional Kumpulan bagaimanapun menyusut sebanyak 7% disebabkan perbelanjaan berhemat oleh para pengiklan. Perolehan edaran surat khabar meningkat sebanyak 12% bagi tempoh tiga bulan dalam kajian, yang mencerminkan hasil positif daripada langkah-langkah yang telah diambil untuk meningkatkan kecekapan dalam segmen ini.

Sementara itu rangkaian Televisyen Media Prima kekal sebagai saluran penyiaran yang meraih tontonan paling tinggi di Malaysia dengan 36% daripada jumlah penguasaan penonton dan 49% daripada jumlah penonton pada masa perdana bagi suku pertama ini. Primeworks Studios merekodkan kenaikan perolehan sebanyak 13% hasil dari tayangan filem dan produksi kandungan pengiklanan yang lebih tinggi.

Impak wabak

Datuk Syed Hussian Aljunid, Pengerusi Kumpulan Media Prima, berkata Media Prima merekodkan pembelian iklan rendah impak pandemik Covid-19.

Penguatkuasaan Perintah Kawalan Pergerakan (“PKP”) untuk mengekang penyebaran COVID-19 telah memberi impak kepada beberapa perniagaan. Biarpun Media Prima adalah antara perkhidmatan penting yang boleh beroperasi semasa PKP, perniagaan kami tidak terlepas daripada impak pembelian iklan yang rendah dalam masa yang tidak menentu ini. Namun, kami terus memanfaatkan inisiatif kesinambungan perniagaan yang proaktif dan keupayaan digital untuk mengurangkan impak COVID-19. Kami akan terus mengkaji semula pelan tersebut untuk memastikan kelestarian Kumpulan dalam waktu yang mencabar ini. “

SKIP THIS AD ×