Berita kehilangan personaliti televisyen, Zalina Azman masih belum menemui titik nokhtah kerana pihak berkuasa belum menjumpai dirinya.
Artikel berkaitan: Balai Polis Seluruh Selangor Giat Cari Zalina, Keluarga Buat Doa Selamat
Artikel berkaitan: Proses ‘Renovate’ Terhenti Beberapa Bulan Sebelum Kehilangan, Polis Giat Cari Pekerja Ubahsuai Rumah Zalina
Artikel berkaitan: Ras Adiba Cari Zalina Azman Sampai 3 Pagi – ‘Zal Kat Mana, Deep Cari Ni’
Artikel berkaitan: Bekas Pengacara Majalah 3 Terkejut Zalina Tiba-Tiba Hilang, Doakan Ditemui Semula
Artikel berkaitan: ‘Kali Terakhir Jumpa Pada Tahun 2013’ – Zakiah Anas Terkejut Dapat Berita Rakan Seperjuangan ‘Hilang’
Di Instagram, Ras Adiba Radzi dilihat tidak pernah berhenti menyeru agar Zalina kembali pulang ke pangkuan keluarga dalam masa terdekat.
Masih tak jumpa kau
Hari pertama tahun baru dan kami masih tidak menjumpai kau. Banyak sangat gosip dan berita kurang tepat mengenai kau. Aku tak pernah berputus asa. Kalau kau dapat baca ni Zally, kau kena tahu aku rindu kau dan berharap kita akan jumpa. Hubungi aku Zal. Semuanya akan okay. Kami semua rindu kau. Pulang ke rumah.
Sebagai sahabat baik, Ras Adiba berkata dia tidak pernah berhenti berdoa agar Zalina berjaya ditemui dan pulang ke rumah. Meskipun sudah masuk tahun baru dan lebih lima bulan lebih proses pencarian, Ras Adiba memberitahu dia sangat merindui Zalina.
Terdahulu, Ras Adiba melancarkan misi menjejaki Zalina di beberapa kawasan kediaman dan tumpuan orang ramai di bandaraya Shah Alam. Ditemani suami tercinta, Ras Adiba memberitahu dia sudah meronda di sekitar kediaman Zalina di Jalan Ketiau, Seksyen 3, Bulatan Kayangan, Masjid Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah, termasuk Seksyen 24 dan Seksyen 27 serta beberapa lokasi popular. Tambah Ras Adiba, selepas lebih dua jam rondaan itu dibuat, beliau tidak mendapat sebarang petunjuk di mana Zalina berada.
Sumber: Ras Adiba Radzi