Hubungan percintaan antara Datuk Seri Vida dengan bekas pembantu peribadinya, Ahmad Iqbal Zulkefli makin rancak jadi topik perbualan selepas anak perempuannya, Cik B tidak merestui.
Artikel Berkaitan: Bekas PA Serius Nak Kahwin, Sebak Vida Sanggup Buat Ujian Kesuburan – ‘Dah Tujuh Tahun Kenal, Buang Masa Dah Banyak’
Artikel Berkaitan: Cik B Tak Setuju Vida Kahwin, Dedah Selalu Gaduh Dengan Iqbal -‘Mama Bila Bercinta, Dia Macam Cinta Buta’
Bila masa pula saya anak dia?
@erlyszna##fyp?? original sound – Ellysuziana?
Baru-baru ini, satu rakaman video Cik B di TikTok @erlyszna telah mencuri tumpuan ramai ketika menjawab soalan mengenai Iqbal.
Akui pemilik nama Nur Edlynn Zamileen Muhammad Amin, dia berasa cringe apabila Iqbal mengeluarkan kenyataan dia akan menjaganya dan Kacak ketika sambutan ulang tahun kelahiran, baru-baru ini.
Ayat Iqbal;
Saya akan jaga anak-anak kita, Cik B dan Kacak.
Dengan spontan, Cik B terus membahan sekali dengan mimik muka.
Rasa cringe. Bila masa pula saya anak dia?
Terpaling jujur
Di ruangan komen, rata-rata wargamaya terhibur dengan jawapan jujur daripada Cik B. Bagaimanapun, ada juga yang mendoakan agar kemelut ini dapat diselesaikan dengan baik.
Sehingga artikel ini ditulis, video itu telah mendapat 1.1 juta tontonan dan 4,000 komen.
Terdahulu, Vida atau nama sebenarnya Hasmiza Othman telah mendedahkan bakal berkahwin dengan Iqbal yang dijangka pada Disember ini.
Sumber: TikTok @erlyszna