berita

Rawatan Scalling Tidak Memutihkan Gigi, Ikuti Perkongsian Doktor Ini Untuk Gigi Seputih Berlian

March 9th, 2019 | by Azizi Rahman
Kesihatan & Hidup Aktif

Sebut sahaja tentang gigi pasti orang ramai mahukan gigi seputih berlian. Gigi merupakan salah satu aset penting dalam diri kita untuk tampil menawan dalam memberi senyuman. Tetapi ramai yang keliru dengan cara pemutihan gigi terutama dalam segi scalling. Scalling hanya membersihkan karang gigi tetapi tidak memutihkan.

Menerusi Twitter Dr Naqiuddin menerangkan cara pemutihan gigi yang sebetulnya. Bukan dengan cara scalling namun dengan cara rawatan veneer. Rawatan veneer mampu memberikan gigi anda putih bak duta iklan gigi.

Scalling bukan teeth whitening

Rawatan scalling yang kebiasaan anda lakukan hanya untuk membuang karang gigi yang telah lama melekat di gigi.

Teeth whitening hanya mencerahkan gigi

Teeth whitening pula hanya memutihkan gigi seperti keadaan asal namun tidak mampu untuk memutihkan gigi seputih yang anda impikan.

Veneer lebih memutihkan gigi

Satu-satunya rawatan yang boleh memutihkan gigi anda menjadi luar biasa ialah dengan rawatan veneer.

Buat veneer hanya dengan doktor gigi yang sah

Pastikan anda mendapat rawatan veneer daripada doktor gigi yang sah bukan dari ahli kecantikan yang tidak bertauliah.

Veneer mampu membetulkan cacat gigi

Terdapat tiga kelebihan rawatan veneer iaitu memutihkan gigi, memperbaiki gigi yang cacat dan merapatkan gigi.

Jenis-jenis veneer

Terdapat beberapa jenis vaneer yang di tawarkan.

Apa itu composite veneer?

Composite vaneer sesuatu yang orang ramai lakukan kerana ianya mudah dan cepat.

Kelebihan composite veneer

Composite veneer mampu bertahan sehingga 7 tahun dan ianya mudah dibaiki serta penjagaannya yang mudah.

Apa itu ceramic veneer?

Ceramic vaneer umpama membuatkan gigi anda lebih realistik seperti telah membuat pembedahan plastik.

Harga mencecah RM20k untuk 10 batang gigi

Walaupun mampu bertahan sehingga 15 tahun, namun ceramic veneer tidak boleh dibaiki dan kosnya terlampau tinggi.

Siapa yang sesuai buat rawatan veneer?

Sesiapa yang mempunyai penyakit kronik gigi tidak disyorkan untuk membuat rawatan vaneer.

Prosedur rawatan veneer

Pertama sekali, permukaan gigi hendaklah dipotong terlebih dahulu.

Cara potong untuk veneer berbeza

Buat acuan ceramic veneer

Selepas itu, buat acuan untuk gigi baru. Tetapi jika menggunakan teknik composite veneer, acuan tidak diperlukan.

Hantar acuan ke makmal

Seterusnya, hantar ke makmal untuk proses ceramic veneer.

Boleh lekat pada gigi selepas seminggu

Selepas seminggu, ceramic vaneer yang telah siap boleh dilekatkan pada gigi pesakit.

Lepas pakai veneer makan kena sopan

Kepada yang telah menerima rawatan veneer, anda dinasihatkan untuk tidak menggunakan gigi yang telah di veneer untuk menguyah sesuatu yang keras.

Sumber: Dr Naqiuddin

The following two tabs change content below.

Azizi Rahman

Content Champion at Rev Asia Berhad
Semoga dunia kembali pulih!

SKIP THIS AD ×