Sambutan Hari Raya Aidilfitri pada tahun ini agak berbeza dari tahun sebelumnya. Beraya di perantauan tanpa keluarga tersayang, ianya pasti akan menjadi satu kenangan yang tidak dapat dilupakan oleh seluruh rakyat Malaysia.
Tapi tak apa jangan sedih! Raya tahun ini semua orang berkorban demi memutuskan rantaian wabak Covid-19. Jom kita intai apakah aktiviti yang boleh korang lakukan pada pagi 1 Syawal tanpa keluarga disisi.
1. Dengar takbir raya
Sekadar gambar hiasan
Pertama sekali bila kita bangun je dari tidur, mesti dah terdengar alunan takbir raya yang diputarkan di radio dan kaca televisyen. Takbir raya ini juga secara tidak langsung menambahkan kemeriahan di pagi Syawal. Sambil-sambil memasak di dapur tu boleh lah dengar takbir raya. Bagi anak perantauan yang tidak dapat pulang ke kampung, pasti menitis air mata saat mendengar takbir raya berkumandang. Jangan sedih-sedih ye.
2. Masak menu raya
Sekadar gambar hiasan
Juadah hari raya seperti lemang, ketupat, rendang, nasi impit, kuah kacang dan sebagainya merupakan menu ‘wajib’ yang perlu ada bila tibanya Syawal. Bila dapat menikmati hidangan ini, baru lah mood raya tu bertambah. Betul tak? Tetapi disebabkan tahun ini kita beraya di rumah masing-masing dan tidak boleh pulang ke kampung jadi korang boleh lah cuba resepi masakan raya dengan hanya menggunakan air fryer sahaja. Sangat mudah, simple dan yang paling penting sedap!
3. Solat sunat Aidilfitri di rumah
Sekadar gambar hiasan
Solat Aidilfitri adalah sunat Muakkad (sangat digalakkan) dan disyariatkan oleh Allah SWT pada bulan Syawal dan ianya ditunaikan antara waktu setelah terbit matahari sehingga sebelum tergelincir matahari. Kebiasaannya, solat sunat Aidilfitri adalah lebih afdal jika dilakukan secara berjemaah di surau dan masjid akan tetapi ianya juga boleh dilakukan secara bersendirian. Memandangkan negara kita berada dalam Tempoh Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB), rakyat Malaysia yang ingin menunaikan solat sunat Aidilfitri digalakkan mendirikannya di rumah masing-masing.
5. Video call ibu bapa
Sekadar gambar hiasan
Kalau raya-raya sebelum ini, kita akan bersalam-salaman dengan ibu bapa dan ahli keluarga. Waktu ini juga akan ada sesi bermaaf-maafan dan pastinya akan membuatkan ramai yang menitiskan air mata. Mungkin ada di antara korang yang tak dapat bersalaman dengan ahli keluarga kerana ‘terkandas’ di bandar, jadi korang boleh lah minta maaf secara online. Boleh video call atau Whatsapp ibu bapa korang untuk meminta maaf. Haa kalau duit raya pula, korang boleh bank in je. Bagi je nombor akaun, senang!
6. Buat E-Kad raya
Sekadar gambar hiasan
Disebabkan raya tahun ini masih dalam tempoh Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB), maka ianya secara tidak langsung telah membataskan pergerakan kita. Jadi, kita tidak boleh lah nak berkumpul dan menziarahi saudara-mara ketika raya. Tapi jangan risau, banyak lagi inisiatif lain yang boleh korang buat untuk mendapatkan mood raya tu. Contohnya, korang boleh buat E-Kad raya dan tulis lah ucapan hari raya korang kemudian hantar kepada ahli keluarga, saudara-mara dan rakan taulan menerusi Whatsapp, Facebook, Twitter, WeChat dan sebagainya. Walaupun berjauhan, kita masih boleh menyemarakkan kasih sayang di samping merapatkan hubungan silaturrahim dengan menggunakan kemudahan teknologi yang ada. Bak kata orang, jauh di mata tetapi dekat di hati!
7. Main kuiz online bersama keluarga
Sekadar gambar hiasan
Selain itu, korang boleh mengisi masa lapang di pagi raya dengan bermain game atau kuiz online bersama ahli keluarga dan rakan-rakan. Contohnya korang create satu kuiz di group Whatsapp dan invite lah kawan-kawan, ahli keluarga untuk join. Dalam kuiz tu nanti korang boleh tanya macam-macam contohnya tentang momen hari raya tahun-tahun lalu, jenis-jenis kuih raya dan sebagainya. Aktiviti seperti ini bukan sahaja dapat mengisi masa lapang dan menghiburkan semata-mata malah ianya secara tidak langsung dapat mengeratkan ukhwah sesama kita.
8. Tonton rancangan raya
Akhir sekali kalau bosan tak tahu nak buat apa masa raya nanti, korang boleh lah layan rancangan dan program-program yang disajikan oleh TV3. Rancangan ini bukan sahaja menarik malah mampu menghiburkan hati korang dengan gelak tawa dan gelagat yang ditunjukkan oleh barisan artis Malaysia. Lebih menarik, rancangan tersebut juga boleh ditonton di YouTube jadi lebih mudah kan? Walau di mana sahaja korang berada, korang masih boleh layan rancangan menarik yang disediakan ini.