Pelakon, Amelia Henderson berjaya dalam rayuan di Mahkamah Tinggi, hari ini bagi mengetepikan keputusan yang memerintahkannya membayar RM200,000 kepada syarikat A Aida Production Sdn Bhd berhubung isu pelanggaran kontrak sebuah drama, tahun lalu.
Artikel Berkaitan: A. Aida Persoal Sikap Amelia Henderson – ‘Susah Sangat Ke Nak Mohon Maaf?’
Artikel Berkaitan: Syarikat Produksi A.Aida Menang Saman, Amelia Henderson Diperintah Bayar Lebih RM200k
Artikel Berkaitan: Amelia Henderson Bersyukur Dapat Tangguh Permohonan Maaf Pada A. Aida
Bayar ganti rugi dan faedah
Menerusi laporan Sinar Harian, Pesuruhjaya Kehakiman, Leong Wai Hong membenarkan rayuan Amelia atau nama sebenarnya Amelia Thripura Henderson, 28, selaku pemohon.
Bagaimanapun, mahkamah memerintahkan pelakon popular itu membayar ganti rugi am sebanyak RM10,000 dan faedah lima peratus secara tahunan bermula hari ini.
Dalam prosiding tersebut, Amelia diwakili peguam, Mansheel Kaur manakala peguam, Ashmadi Othman mewakili syarikat produksi itu selaku responden.
Terdahulu, A. Aida mempersoalkan tindakan Amelia yang tidak mahu membuat permohonan maaf secara terbuka berikutan kes melanggar kontrak sebuah drama. Bukan itu sahaja, mahkamah menetapkan aktres itu untuk membayar ganti rugi sebanyak RM200,000 terhadap syarikat A. Aida Productions Sdn Bhd pada 7 April lalu. Berikutan daripada itu, Amelia memfailkan rayuan.
Sumber: Sinar Harian