‘Guru ibarat lilin, membakar diri menerangi yang lain’, itulah ungkapan yang sesuai bagi mengambarkan pengorbanan seorang pendidik demi mencurahkan ilmu buat anak murid. Seperti perkongsian dari cikgu Syafeza Sauli yang mengajar di sekolah Orang Asli iaitu di SK RPS Dala, Perak.
Guru wanita ini terpaksa merempuh jalan lumpur dengan menunggang motosikal setiap hari untuk ke sekolah berkenaan. Kata-kata dorongan dari ayahnya menjadi semangat untuk guru ini teruskan niat mendidik anak murid Orang Asli.
Nothing is impossible
Difahamkan cikgu Syafeza mengajar di salah sebuah sekolah di kawasan pendalaman iaitu di SK RPS Dala di Perak. Sekolah rendah itu merupakan sekolah untuk murid-murid Orang Asli. Memang sesuatu yang sukar untuk seorang guru redah jalan lumpur hanya menunggang motosikal.
Inna ma’al-usri yusra. Sesungguhnya pada tiap-tiap kesulitan itu adanya kemudahan. Semoga pada setiap jatuh bangun itu ada padanya rahmat, keberkatan, pahala yang berpanjangan dan dihapuskan padanya dosa-dosa.
Kuatnya seorang anak itu apabila ada disebaliknya seorang ayah yang tidak putus membisikkan kata-kata, “Nothing is impossible. Tak kira betapa susah pun perjalanan itu, aku pasti anakku kuat menghadapinya”.
Jatuh tak bermakna kau lemah
Pelbagai liku dan ujian dilalui guru ini untuk tiba di sekolah mencurahkan ilmu buat anak murid Orang Asli. Ayah kepada guru ini menjadi mendorong dan kekuatan untuk dia terus berjuang hidup demi ilmu.
Tentang hidup. Kau tidak harus mengalah. Meski berpuluh kali jatuh, sebanyak itu jugalah kau perlu bangun. Jatuh tak bermakna kau lemah tapi jatuh mengajar akan erti sebenar penghidupan. Pohon doa agar terus dititipkan tiap kesabaran dan kekuatan dalam langkah.
Kau tidak harus mengalah
Sumber: Syafeza Sauli