berita

Remaja 15 Tahun Dirompak & Dirogol 5 Lelaki, Terpaksa Balik Rumah Dalam Keadaan Berbogel

September 23rd, 2022 | by Shahira
Kini Trending

Sekadar gambar hiasan

Seorang gadis dipercayai menjadi mangsa rompak sebelum dirogol oleh sekumpulan lelaki. Lebih meruntun hati apabila mengetahui mangsa terpaksa berjalan kaki selama 2 kilometer dalam keadaan berbogel untuk pulang ke rumahnya.

Artikel Berkaitan: Tolak Lamaran Jadi Kekasih, Gadis 13 Tahun Diperkosa Empat Remaja Bawah Umur

Artikel Berkaitan: Hilang Sejak Aidilfitri, Remaja 15 Tahun Ditemui Menyorok Dalam Rumah Kosong Takut Kantoi Sedang Hamil

Dirompak, dirogol

Sekadar gambar hiasan

Insiden tidak berperikemanusiaan yang menimpa remaja perempuan berusia 15 tahun itu dipercayai berlaku pada 15 September lalu di Uttar Pradesh, Moradabad, India.

Menurut Polis Modarabad iaitu Sandeep Kumar Meena, mangsa dipercayai dirompak dan dirogol ketika menghadiri majlis keramaian di salah sebuah kampung berdekatan rumahnya. Mangsa kemudian diculik oleh lima orang lelaki sebelum dirogol secara bergilir-gilir.

Orang kampung mendengar jeritan mangsa dan bergegas ke tempat kejadian, namun kelima-lima suspek berjaya melarikan diri dengan membawa baju serta barang-barang mangsa.

Lebih mengecewakan apabila orang awam yang melihat keadaan mangsa langsung tidak membantu sebaliknya merakam video dan menyebarkan di media sosial.

Sementara menurut bapa saudara mangsa, gadis itu pulang dalam keadaan berbogel dan berlumuran darah. Tambahnya lagi, laporan polis telah dibuat dan siasatan lanjut masih dijalankan.

Sumber: Deccan Herald

SKIP THIS AD ×