Foto: manakarra_kece
Siapa sangka jodoh seorang lelaki berusia 60 tahun di Mamuju, Sulawesi Barat, Indonesia yang selamat disatukan dengan gadis berusia 17 tahun.
Walaupun jarak usia mereka adalah 43 tahun perkara tersebut sama sekali tidak menjadi penghalang selepas mendapat restu daripada keluarga tersayang.
Artikel Berkaitan: Bertemu Ketika Majlis ‘Reunion’, Cikgu Tak Sangka Bakal Berkahwin Dengan Pelajar Sendiri
Artikel Berkaitan: [VIDEO] ‘Muridku, Suamiku’ – Kenal 3 Tahun Sebelum Kahwin, Netizen Cakap Suami Nampak Matang
Artikel Berkaitan: [VIDEO] Ditanya Mengapa Kahwin Awal, Budak SPM Jawab: ‘Buat Kerja Sekolah Ada Orang Teman’
Warga emas kahwin gadis muda
Foto: Tribun News
Foto yang dikongsi manakarra_kece di laman Instagram meraih pelbagai respon daripada wargamaya yang turut teruja dengan kisah pengantin merpati dua sejoli ini. Difahamkan majlis tersebut berlangsung Khamis yang lalu (10/3/2022) di Dusun Salutalawar, Desa Tadui, Kabupaten Mamuju.
Viral seorang datuk berusia 60 tahun berjaya kahwin seorang gadis.
Menerusi satu posting di laman Facebook pasangan pengantin ini memakai pakaian tradisional Bugis dan anak saudara kepada lelaki ini turut mengucapkan tahniah atas perkahwinan tersebut.
Selamat berkahwin pakcik.
Menerusi laporan media tempatan, pertemuan pasangan ini rupa-rupanya telah diatur oleh keluarga pengantin perempuan dan turut mendapat restu.
Bercerita lebih lanjut, pihak pengantin perempuan menerima mas kahwin sebanyak 7 juta rupiah (anggaran RM2,047.93) dan isteri kepada pengantin lelaki sebelum ini dilaporkan sudah meninggal dunia empat tahun yang lepas.
Sumber: Tribun News