berita

Remaja Bunuh Diri Lepas Tembak Rakan Sekelas Hingga Maut & Lima Orang Cedera

December 8th, 2023 | by Hazirah
Kini Trending

Seorang remaja telah melepaskan tembakan sehingga menyebabkan seorang rakan sekelasnya maut manakala lima orang lagi cedera sebelum dia membunuh dirinya sendiri di sebuah sekolah di Bryansk, Ukraine.

Artikel Berkaitan: Budak 11 Tahun Tembak Rakan Sepasukan Kerana Berebut Sebungkus Snek

Bawa senapang

Menerusi laporan Euronews, remaja berusia 14 tahun itu membawa senapang patah ke sekolah.

Seorang remaja membawa senapang patah ke sekolah, yang digunakan untuk menembak rakan sekelasnya.

Kejadian tembakan tersebut telah meragut satu nyawa yang dikatakan sebagai rakan sekelas suspek dan lima orang yang tercedera telah dimasukkan ke hospital.

Motif kejadian tersebut masih lagi belum diketahui dan pihak polis sedang berusaha menjalankan siasatan.

Menurut gabenor wilayah, Alexandre Bogomaz, senjata api biasanya dikawal ketat di Rusia, tetapi beberapa tahun kebelakangan ini, isu ini telah menjadi biasa di Rusia.

Bersama-sama dengan agensi penguatkuasaan undang-undang, kami sedang menentukan bagaimana pelajar itu boleh mendapatkan dan membawa senjata ke sekolah.

Sumber: Euronews, TVP world

SKIP THIS AD ×