berita

Insiden Siam Paragon: Polis Tahan Empat Individu Disyaki Jual Peluru & Pistol Kepada Suspek

October 6th, 2023 | by Hazirah
Kini Trending

 

Polis Thailand telah menahan empat lelaki yang didakwa menjual pistol kepada seorang remaja berusia 14 tahun yang disyaki melakukan serangan tembak di pusat beli-belah Bangkok.

Artikel Berkaitan: ‘Saya Beritahu Anak-Anak Mama & Babah Ada Di Sini’ – TMJ Kongsi Detik Cemas Insiden Tembakan Rambang Di Thailand

Artikel Berkaitan: ‘Suspek Dakwa Seolah Ada Orang Lain Minta Dirinya Lakukan Tembakan Rambang’ – Ketua Polis Negara Thailand

Artikel Berkaitan: ‘Ibu Saya Akan Mati Ke?’ -Anak Kembar Umur 5 Tahun Jadi Saksi Ibu Ditembak Di Siam Paragon

Beli secara dalam talian

Menerusi laporan The Straits Times, remaja itu telah didakwa membunuh dalam serangan tembakan pada Selasa lalu, di pusat beli-belah Siam Paragon dengan menggunakan pistol peluru kapur yang diubah suai.

Pegawai di wilayah Yala menahan dua lelaki pada awal pagi Khamis kerana disyaki menjual pistol dan peluru kepada remaja itu.

Polis menyerbu rumah mereka untuk mencari lebih banyak bukti berkaitan kes itu. Mereka dihantar ke Bangkok untuk disoal siasat.

Manakala dua lagi lelaki lain ditahan di Bangkok. Salah seorang daripada mereka dilaporkan menjual dan menghantar peluru itu kepada remaja tersebut.

Lelaki itu disyaki mengubah suai pistol peluru kapur dan menjual kepada remaja tersebut. Bukan itu sahaja, mereka malah menghantar senjata itu serta mengeluarkan duit yang diperolehnya daripada ATM.

Menurut polis, senjata api yang digunakan budak lelaki itu dibeli secara dalam talian dengan harga 16,000 baht (RM 2,045.81).

Tambahnya, remaja itu menghubungi seorang penjual senjata api dalam talian dengan menyatakan minatnya terhadap senjata api. Remaja berusia 14 tahun itu turut memesan butir peluru yang berharga 1,000 baht (RM 127.93).

Jual di Facebook

Selain itu, lelaki itu turut mempunyai senjata api haram, alat untuk mengubah suai pistol dan narkotik dalam simpanan mereka.

Senjata api yang digunakan semasa kejadian tembakan Siam Paragon itu dihantar ke kondominium remaja tersebut selepas dia membuat pembayaran melalui pemindahan dalam talian.

Siasatan juga mendedahkan bahawa remaja itu terpaksa meminjam wang daripada aplikasi pinjaman wang dalam talian kerana dia tidak mempunyai dana yang mencukupi untuk membeli senjata itu.

Dua lelaki yang ditahan di Yala telah menafikan semua tuduhan. Seorang daripada mereka didapati menjual senjata api di laman Facebook, yang telah beroperasi selama lima bulan tetapi dinyahaktifkan kira-kira jam 10.20 malam Selasa, hari kejadian.

Suspek berusia 14 tahun telah didakwa atas tuduhan cubaan membunuh, membawa dan melepaskan pistol di tempat awam, dan memiliki senjata api tanpa lesen.

Disebabkan perkara itu, dia sedang menjalani ujian psikiatri untuk melihat sama ada dia layak untuk dibicarakan.

Sumber: The Straits Times

SKIP THIS AD ×