Seorang remaja lelaki telah ditahan pihak polis selepas didakwa cuba untuk mencabul kanak-kanak perempuan yang sedang menunaikan solat subuh.
Artikel Berkaitan: Baru Kahwin 9 Bulan, Suami Influencer Kantoi Cabul Pelajar Sekolah?
Artikel Berkaitan: Budak 6 Tahun Menangis, Mengadu Kemaluan Merah & Sakit..Rupanya Dicabul Bapa Tiri Masa Ibu Keluar Kerja
Cubaan mencabul
Memetik laporan Buletin TV3, kejadian tersebut berlaku awal pagi Jumaat di Masjid Jamek Sungai Masin, Batang Kali, Selangor.
Menerusi rakaman kamera litar tertutup (CCTV), kelihatan lelaki tersebut memasuki ke ruangan solat wanita lalu mendatangi kanak-kanak itu.
Lelaki yang memakai kopiah dengan baju berbelang kuning hijau itu kemudian bertindak memeluk dan mendukung kanak-kanak terbabit sebelum membawanya keluar.
Ketika insiden itu, kanak-kanak berkenaan sedang bersujud di saf belakang jemaah wanita menyebabkan perbuatan suspek tidak disedari oleh orang lain.
Difahamkan, terdapat sebuah lagi rakaman CCTV yang menunjukkan mangsa telah dibawa ke satu ruangan lain dan dia dilihat bergelut melawan lelaki tersebut kemudian melarikan diri.
Remaja lelaki ditahan
Sementara itu, Ketua Polis Daerah Hulu Selangor, Superintendan Ahmad Faizal Tahrim memberitahu bahawa seorang remaja lelaki tempatan berusia 19 tahun sudah ditahan oleh polis.
Suspek berusia 19 tahun ditahan bagi membantu siasatan. Dia akan dibawa ke Mahkamah Majistret Kuala Kubu Bharu esok untuk dipohon reman.
Terdahulu, CCTV kejadian tersebut tular di media sosial dan lelaki terbabit dihujani kecaman warganet susulan tindakannya yang tidak bermoral itu.
Sumber: Buletin TV3 & Berita Harian