
Pelakon, Datuk Remy Ishak menjangkakan Argentina bakal muncul juara Piala Dunia 2026 meskipun mengakui dirinya bukan penyokong pasukan gergasi Amerika Selatan itu.
Artikel Berkaitan: Juara World Cup 2026 Bakal Bawa Pulang RM235 Juta, Portugal Raih RM61.1 Juta Selepas Tersingkir Di Pusingan 16 Terbaik
Ramalan Remy

Menerusi hantaran di Threads, Remy atau nama sebenarnya Mohammad Zalimei Ishak, 44, berkongsi ramalan dengan cara berseloroh apabila mengaitkan lokasi penganjuran kejohanan itu dengan peluang Argentina menjulang trofi.
Bukanlah fans Argentina untuk World Cup 2026, tapi tahun ini mereka memang akan bawa balik piala.
Okay, cuba fikir macam ni. Siapa tuan rumah Piala Dunia 2026? Amerika Syarikat, Kanada dan Mexico, semuanya negara di benua Amerika.
Argentina pun berasal dari benua Amerika. Jadi, secara teknikalnya, piala itu memang kekal di Amerika. Takkanlah FIFA nak bagi pasukan Eropah bawa balik piala?
Perkongsian pelakon drama Lelaki Kiriman Tuhan itu mengundang pelbagai reaksi dalam kalangan netizen, ada yang bersetuju dengan ramalannya dan tidak kurang juga yang menyifatkan kenyataan tersebut sekadar gurauan.
Untuk rekod, pentas final Piala Dunia 2026 bakal menyaksikan pertembungan antara juara bertahan, Argentina dan Sepanyol bagi merebut trofi paling berprestij dalam bola sepak dunia.
Sementara itu, perlawanan penentuan tempat ketiga pula akan menemukan England dan Perancis yang masing-masing tewas di peringkat separuh akhir.
Sumber: Threads





![[VIDEO] ‘Teguran Kepada Azad, Carilah Konten Patuh Syariah & Beradab..Halal, Haram Jangan Dibuat Gurauan’ – PU Syed](https://asset.ohbulan.com/2026/07/aufMf27t-pu-syed.jpg)

