berita

Resepi ‘Jelly’ 4 Bahan Untuk Lebatkan Bulu Kucing, Gebu!

May 8th, 2020 | by Azizi Rahman
Kini Trending

Kucing merupakan haiwan peliharaan ramai kerana mempunyai daya tarikan yang tersendiri dan mudah untuk dijaga. Rata-rata pemilik kucing suka akan kucing yang berisi dan berbulu lebat. Rahsia untuk memiliki kucing yang berisi dan berbulu lebat adalah terletak pada jenis makanan yang diberikan.

Menerusi Facebook Emmaruddin berkongsi resepi untuk menghasilkan makanan kucing yang sihat. Dia telah mengamalkan resepi ini sudah sekian lama. Hasilnya, kucing peliharaan miliknya menjadi sangat gebu dan sihat.

2 atau 3 kali sebulan bagi makanan basah

Menurutnya, dia sering memberi makanan jenis basah dan kering kepada kucing peliharaannya. Namun kini, makanan jenis basah yang dihasilkan sendiri hanya diberikan 2 atau 3 kali sahaja dalam masa sebulan. Pada masa yang sama, dia turut memberi pelbagai jenis makanan kering kepada kucingnya kerana dia gemar untuk mencuba perisa-perisa yang lain di pasaran.

Bahan dan cara lakukannya

Bahan-bahan yang diperlukan untuk menghasilkan makanan basah untuk kucing ialah 1 kilogram ikan kembung/mabong, 2 ikat bayam, 2 batang lobak merah dan 2 paket serbuk jelly.

Langkah yang pertama ialah dengan merebus segala bahan-bahan tersebut. Pastikan rebus secara asing dan sayur serta ikan telah dicuci sehingga besih. Ikan haruslah dibuang tulangnya terlebih dahulu dan air rebusan ikan jangan dibuang terus.

Makanan berasaskan jelly

Seterusnya, kisar semua bahan yang telah direbus tadi menggunakan air rebusan ikan sebelum ini. kisar sehingga semua bahan tersebut telah sebati.

Selepas mengisar, bahan tersebut perlu di masak sehingga mendidih sebelum memasukkan 2 paket serbuk jelly. Tambahkan air secukupnya. Tidak perlu untuk menambah gula mahupun garam.

Setelah selesai, masukkan ke dalam bekas dan biarkan ianya sejuk pada suhu bilik buat seketika. Selepas itu, masukkan ke dalam peti sejuk supaya ianya bertukar menjadi jelly dan siap untuk dihidangkan kepada kucing.

Sumber: Emmaruddin

The following two tabs change content below.

Azizi Rahman

Content Champion at Rev Asia Berhad
Semoga dunia kembali pulih!

SKIP THIS AD ×