berita

Resepi Siakap Stim Tenggelamnya Kapal Van Der Wijck Versi Orang Bujang

November 20th, 2019 | by Amat
MyResipi

Bila hujung minggu saja mesti para ibu buntu untuk menyediakan makanan buat keluarga apatah lagi kalau ada tetamu datang ke rumah. Jangan risau… kali ini kami kongsikan kepada anda resipi yang cukup ringkas untuk anda masak di rumah. Apa kata anda cuba Ikan Siakap Stim Pedas ini. Sangat sesuai buat anda yang sukakan makanan ala-Thai yang pedas, manis dan masam.

Bahan-bahan ikan siakap stim pedas

Nak buat resipi ikan siakap stim Thai perlu menyediakan Bahan A seperti seekor ikan siakap, hirisan halia, daun ketumbar dihiris saiz sederhana, kiub pati ayam (jika perlu) dan 3 atau 4 biji jeruk asam boi. Tomato atau serai boleh dimasukkan juga jika mahu.

Kemudian, sapukan jeruk asam boi keseluruh permukaan kulit ikan tersebut bersama air jeruk sekali. Masukkan Bahan A ini ke dalam periuk kukus dengan api kecil. Kukus seketika selama kira-kira 20 hingga 30 minit.

Penyediaan kuah

Foto: Google

Jika anda pengemar makanan yang pedas, anda perlu masak kuahnya pula. Sediakan Bahan B seperti bawang putih yang telah dipotong kecil, cili hijau atau cili merah dihiris nipis, sos ikan (2 sudu kecil), gula (2 sudu sederhana), perahan limau atau lemon (ikut citarasa anda).

Kesemua Bahan B digorengkan ke dalam kuali sehingga naik bau dan sebati. Kemudiannya, curahkan Bahan B ke atas ikan siakap tadi.

Video penyediaan yang ringkas

https://www.facebook.com/SosLokchingbyAmatLarbsib/videos/3001984263196772/?__xts__[0]=68.ARAdEkCYFRPzVFTFtSSRni9yDfGP2jvivxk64T34quD6E8kWj_p0WoWI82YgXaOqy_177ITu0d2Lu0R1bb_3tjkVvsNi7XAS8bFjP97DOgkZPhj9wyzD-m6i5djio4-LFbzFG5CX9AQhus2ZX0dalwnslm0kkPzGzI-nl7t-6JMWWoqB4fTOFQvvkxFoekk0RrrXWp57kKDeJWAV2UajoiI-Am3JiVBadYJUEpnlAY05RkH5zNMatLTJNUtQ8KTQm36UsLvrwqgKlRiOtK4uzY55TZ5fzH_szqZK_Y67EGNsowWCwGIu3c6Bi1P2c_zOasjUtArE78GHoFoI5qziUoLwSFUYuZyMVpxlsgvL&__tn__=-R

Hidangan ini sesuai dinikmati bersama keluarga dan tetamu yang hadir ke rumah anda. Resipi ini juga sesuai untuk orang bujang tau sebab penyediaan resipi ini sangat mudah dan cepat! Buat siapa yang on diet, anda perlu cuba resipi Ikan Siakap Stim Pedas ini ye. Selamat mencuba!

Sumber: Amat Larbsib

SKIP THIS AD ×