berita

Respon Hospital Sungai Buloh Viral Gadis Minta Bantuan RM25 Ribu Biaya Kos Pembedahan

May 5th, 2017 | by Wan
Kini Trending

hospital

Beberapa hari yang lalu viral di media sosial perkongsian seorang wanita yang meminta bantuan bagi membiayai kos perubatan teman lelakinya yang kemalangan sebelum dimasukkan ke sebuah hospital kerajaan.

Perkongsian tersebut bagaimanapun menimbulkan keraguan netizen terutamanya kos rawatan yang begitu tinggi melibatkan hospital kerajaan. Bukan itu sahaja, segala bantuan kewangan juga diminta disalurkan kepada akaun miliknya, bukan akaun milik keluarga.

Viral tanpa usul periksa

Screen Shot 2017-05-05 at 3.54.36 PM

 

Respon Hospital Sungai Buloh

MAKLUM BALAS HOSPITAL SUNGAI BULOH BERKENAAN
ISU KOS PEMBEDAHAN MENCAPAI RM 25,000.

Hospital Sungai Buloh merupakan sebuah hospital kerajaan Kementerian Kesihatan Malaysia. Segala caj – caj perubatan di Hospital Sungai Buloh adalah mengikut Akta Fee Kerajaan. Kerajaan membekalkan implan secara percuma kepada pesakit sekiranya implan berkenaan tersenarai di dalam Polisi Kementerian.

Pihak Pengurusan Hospital Sungai Buloh juga mengambil maklum dan memandang serius berkenaan isu yang dihebahkan melalui satu aplikasi laman sosial mengenai kos rawatan yang diperlukan oleh seorang pesakit yang dikatakan mendapat rawatan di Hospital Sungai Buloh.

Pihak hospital ingin menegaskan bahawa dakwaan tersebut adalah tidak benar memandangkan semua jabatan yang terlibat dalam pesakit ini belum membuat sebarang keputusan muktamad berkenaan prosedur rawatan yang perlu dijalankan beserta kos yang bakal diperlukan.

Oleh sebab itu, Pihak Pengurusan Hospital memohon agar andaian dan dakwaan ini tidak lagi disebarkan bagi mengelakkan implikasi negatif kepada keluarga pesakit seterusnya orang awam, memandangkan terdapat pelbagai saluran rasmi yang dapat dimanfaatkan oleh pesakit dan waris bagi tujuan bantuan perubatan bagi menampung kos rawatan hospital sekiranya melibatkan rawatan yang tidak termasuk ke dalam subsidi yang disediakan oleh kerajaan.

Menurut ahli keluarga mangsa terdekat, tabung bantuan tersebut sebenarnya dibuat oleh teman wanita dan rakan-rakan tanpa pengetahuan ahli keluarga mangsa. Tabung berkenaan telah pun dihentikan setelah menerima kritikan netizen.

Sumber : Hospital Sungai Buloh

SKIP THIS AD ×