Menteri Besar Johor, Osman Sapian tidak menolak kemungkinan akan melaksanakan projek jambatan bengkok ‘impian’ Tun Mahathir yang tidak diteruskan semasa di bawah pemerintahan kerajaan terdahulu. Menurut beliau, cadangan untuk melaksanakan semula jambatan itu telah dibangkitkan oleh Tun M sendiri.
Tun bagi greenlight
Menerusi laporan Sinar Harian, Osman Sapian berkata cadangan untuk membina jambatan bengkok itu sudah dibincangkan dengan Kerajaan Persekutuan dan mendapat ‘green light’ daripada Perdana Menteri.
Kami bercadang membina jambatan ketiga dan kerajaan negeri sudah berbincang dengan Kerajaan Persekutuan dalam pertemuan dengan Perdana Menteri bulan lalu.
Perdana Menteri bertanya adakah kami memerlukan jambatan ketiga? Saya nyatakan, terpulang kepada Perdana Menteri kerana ia ilham beliau sebelum ini.
Perdana Menteri berkata kami boleh bina kerana ia hanya babitkan jambatan di negeri kami. Kerajaan tidak ada halangan serta bersetuju dan kemungkinan besar jambatan bengkok akan diteruskan
Tambah baik fasiliti kesihatan
Tunku Mahkota Johor, Tunku Ismail Sultan Ismail bagaimanapun mempunyai respon yang berbeza apabila ditanya oleh seorang pengikutnya di Twitter berkenaan cadangan ini.
TMJ berpendapat kerajaan seharusnya meneruskan pembinaan hospital Pasir Gudang yang ditangguhkan dahulu dan menambah bajet kesihatan untuk negeri Johor.
Pada pendapat saya, lebih baik teruskan pembinaan hospital Pasir Gudang yang kerajaan tangguh itu dan menambah bajet kesihatan untuk negeri.
Semua hospital di Johor Bahru dan daerah lain masih memerlukan lebih banyak katil dan peralatan perubatan, ini cuma pendapat peribadi saya.