berita

Restoran Pekerja Ditampar Larang Hisap Rokok Tiada Sijil Halal & Terdapat Bungkusan Kuning ‘Misteri’

January 7th, 2019 | by Shafika
Isu & Kontroversi

Baru-baru ini viral apabila seorang pekerja di sebuah restoran di Seksyen 25 ditampar pelanggan gara-gara menegur pelanggan itu merokok. Bagaimanapun, dalam kejadian itu, mangsa tidak mengalami sebarang kecederaan berikutan tamparan itu tidak kuat.

Artikel Berkaitan :Pekerja Kedai Makan Kena Tampar Tegur Pelanggan Merokok

Terbaru, menerusi Sinar Harian restoran itu tidak mempunyai Sijil Pengesahan Halal Malaysia (SPHM) yang sah. Paling menyedihkan apabila restoran ini menimbulkan kekeliruan orang ramai dengan ayat-ayat Al-Quran.

Tiada tanda halal, pekerja bukan Islam

Hasil pemeriksaan sijil pendaftaran Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM), didapati pemilikan premis dikongsi dua individu, seorang beragama Islam manakala seorang lagi bukan beragama Islam. Kesemua pekerja bukan Islam, hanya dua orang beragama Islam.

Apa yang meragukan terdapat bungkusan kain kuning digantung di sebelah ayat al-Quran dipercayai sebagai tangkal dan azimat.

Menurut SSM, pihaknya juga menerima aduan terdapat tulisan jawi pada papan tanda perniagaan selain bungkusan kain kuning digantung di sebelah ayat al-Quran dipercayai tangkal atau azimat. Dalam pemeriksaan itu didapati pengusaha restoran gagal menjaga kebersihan.

Premis makanan kotor

Premis tidak guna perangkap minyak seperti disyaratkan Pihak Berkuasa Tempatan (PBT). Pengusaha juga didapati jual makanan diperoleh daripada pembekal luar yang guna logo halal tidak diiktiraf pada bungkusan produk.

Selain itu, terdapat bahan mentah diletakkan di atas lantai pecah serta berlubang.

Tindakan akan diambil Bahagian Penguatkuasaan JAIS di bawah Seksyen 10 (a) Enakmen Jenayah Syariah Selangor 1995 kerana menghina agama Islam atau menyebabkan Islam dipandang hina. Pemilik restoran itu juga telah diarah hadir memberi keterangan di ibu pejabat JAIS.

Diarah tutup tulisan jawi


Pemilik diarah tidak menggantung ayat al-Quran dalam premis dan tidak menjual makanan yang menggunakan logo halal tidak diiktiraf.

Pemilik juga diarah tutup tulisan jawi pada papan tanda yang kelirukan masyarakat beragama Islam, sekiranya gagal patuhi arahan tindakan diambil bawah Perintah Perihal Dagangan (Takrif Halal) Akta Perihal Dagangan 2011.

Terdahulu, Sinar Harian melaporkan seorang pekerja restoran mendakwa ditampar oleh pelanggannya selepas menegur supaya tidak menghisap rokok di tempat makan 1 Januari lalu.

Sumber :Sinar Harian