berita

REV Asia ‘Tawan’ Portal Sensasi Berbahasa Cina Viralcham & Rojaklah!

August 7th, 2016 | by Wan
Kini Trending

ohbulanrevasia

REV Asia Berhad, kumpulan media digital terkemuka di Malaysia  yang turut memiliki laman OHBULAN melebarkan sayapnya apabila laman web popular berbahasa Cina, Viralcham dan Rojaklah menjadi cabang media terbaru yang bakal bernaung di bawah REV Asia melalui kumpulan mereka, Rev Digital Sdn Bhd menerusi perjanjian yang akan dimeterai bersama Netnion Technology Sdn Bhd.

Top 20 laman web paling kerap dilayari

Screen Shot 2016-08-06 at 11.13.15 AM

Viralcham dan Rojaklah merupakan antara laman web terkenal Malaysia yang menyajikan berita-berita terkini tentang isu semasa, gaya hidup, dan hiburan terutamanya di Malaysia, Hong Kong, China dan Hollywood.

Menurut laporan Comscore, Viralcham dan Rojaklah tersenarai di dalam senarai 20 laman web yang paling kerap dilayari oleh pengguna internet di Malaysia.

Screen Shot 2016-08-06 at 11.13.55 AM

Menurut laporan Google Analytic pula, untuk Jun 2016 kedua-dua laman web tersebut menerusi domain mereka www.viralcham.com dan www.rojaklah.com mencatatkan 18.4 juta pageviews dan 3.6 juta Unique Visitors, sekaligus menguasai 53% jumlah populasi bangsa Cina di Malaysia.

Dianggarkan penduduk berbangsa Cina di negara ini berjumlah 6.8 juta orang daripada 30,073,353 jumlah keseluruhan penduduk Malaysia pada 2014.

Berpotensi tinggi

voon

Ironinya, rancangan pemilikan Viralcham dan Rojaklah merupakan langkah pertama untuk memahami ‘trend’ pelayar internet bangsa Cina sekaligus menguasainya. Dengan pemilikan ini juga, REV Asia berharap dapat mengembangkan lagi perniagaan mereka dan menjadi Kumpulan Media Digital yang pertama di Malaysia.

Sementara itu, Viralcham dan Rojaklah akan terus mengendalikan berita dan laman web mereka, di bawah pengurusan kumpulan REV Asia.

Pengurus Besar REV Asia, Voon Tze Khay, berkata Viralcham dan Rojaklah merupakan laman web paling pantas berkembang di Malaysia dan sangat besar berpotensi untuk lebih maju bersama kumpulan REV Asia.

“Kami cukup teruja untuk bekerjasama dengan Viralcham dan Rojaklah bagi menerokai dan memacu perniagaan ini ke tahap yang lebih tinggi.”

Tze Khay juga merupakan Pengarah Urusan kumpulan Rev Asia Holding Sdn Bhd.

reva

SKIP THIS AD ×