berita

REV Media Group Terima Anugerah ‘Majikan Prihatin’, Ambil Pekerja Orang Kurang Upaya (OKU)

December 15th, 2021 | by Wan
Kini Trending

REV Media Group (dahulu dikenali sebagai Media Prima Digital Sdn Bhd) telah dipilih sebagai salah satu penerima anugerah ‘Majikan Prihatin’ oleh Pertubuhan Keselamatan Sosial (PERKESO) hari ini di atas usaha mengambil Mohd Akmal Bin Shapii, seorang kurang upaya (OKU) sebagai pekerja di bawah Insentif Pengambilan Pekerja (Program PenjanaKerjaya 3.0).

Peluang kerja sama rata

Mohd Akmal, 25 tahun, merupakan Eksekutif Jurutera Data di REV Media Group dan telah mula berkhidmat sejak bulan Jun lalu ketika negara masih dalam fasa pandemik. Anugerah itu telah disampaikan oleh YB Datuk Seri M. Saravanan, Menteri Sumber Manusia di Karnival Kerjaya Orang Kurang Upaya (OKU) pada hari ini bertempat di Dewan Tun Dr Ismail, Pusat Dagangan Dunia Kuala Lumpur (WTCKL).

Menteri Sumber Manusia, YB Datuk Seri M. Saravanan berkata, program ini merupakan kesinambungan usaha Kementerian Sumber Manusia, dalam usaha memberikan peluang yang sama rata kepada golongan kurang upaya untuk menyumbang kepada ekonomi negara.

Ini membuktikan tiada golongan yang terabai mahupun tercicir oleh Kementerian Sumber Manusia termasuk golongan Orang Kelainan Upaya yang perlu diberikan peluang pekerjaan yang sama rata, seperti pencari kerja yang lain.

REV Media Group hargai bakat

Mohd Akmal tergolong dalam golongan OKU kategori kurang upaya fizikal di mana seseorang individu itu mengalami ketidakupayaan anggota badan sama ada kehilangan fungsi atau tidak mempunyai satu anggota di mana-mana bahagian anggota badan termasuklah keadaan anggota yang tidak sempurna yang mana keadaan ini akan menjejaskan keupayaannya.

Akmal berkata, dia mula menggunakan kerusi roda sejak dari zaman sekolah rendah. Selepas terjatuh dari buai ketika berumur tiga tahun, kakinya patah dan tidak mampu lagi untuk berjalan. Doktor mengesahkan DIA mengalami osteogenesis imperfecta, gangguan tulang sejak dari dari lahir.

Umum sedia maklum ada sesetengah majikan di luar sana yang beranggapan OKU ini menjadi beban kepada mereka. Majikan di luar sana tidak perlu berasa takut untuk mengambil warga OKU bekerja kerana kami juga boleh bekerja seperti orang biasa.

Saya juga ingin mengambil kesempatan ini untuk mengucapkan jutaan terima kasih kepada REV Media Group, Media Prima, dan PERKESO kerana percayakan saya dan memberi saya peluang untuk berkhidmat kepada syarikat.

Ketua Pegawai Eksekutif REV Media Group, Samuel Wee berkata, syarikat semestinya berasa bangga dengan kehadiran Akmal dan percaya dia boleh berkongsi bakatnya sama seperti orang lain. Tambahnya lagi, REV Media Group dan Media Prima mengalu-alukan bakat yang pelbagai tidak kira dari sesiapa pun.

SKIP THIS AD ×