berita

Review Filem: Malavita, Kisah Lawak Keluarga Mafia

September 20th, 2013 | by Ai
Filem Antarabangsa

THE-FAMILY

Hujung minggu hampir tiba, mesti ramai yang sudah merancang untuk membawa rakan, pasangan ataupun keluarga menonton wayang.

Jika anda masih buntu memilih cerita, OHBULAN! cadangkan anda menonton filem Malavita yang dibarisi pelakon berwibawa seperti Robert De Niro, Michelle Pfeiffer, Dianna Agron dan John D’Leo.

Malavita yang telah mula ditayangkan sejak semalam (19 September 2013) mengisahkan tentang keluarga mafia yang baru berpindah ke sebuah bandar di Perancis dan diawasi oleh pihak berkuasa menerusi Program Perlindungan Saksi.

684ksp

Agen Stansfield (Tommy Lee Jones) ditugaskan untuk menjaga keselamatan dan mengawal tingkah laku Fred Blake (Robert De Niro), isterinya Maggie (Michelle Pfeiffer) serta anak-anak mereka, Belle (Dianna Agron) dan Warren (John D’Leo).

Namun akibat sudah terbiasa dengan kehidupan mafia, Fred sekeluarga tetap menggunakan kekerasan dan masih melakukan jenayah setiap kali berhadapan dengan masalah di kawasan tempat tinggal mereka.

Dalam masa yang sama, seorang ketua mafia yang sedang dipenjarakan ligat mengarahkan anak-anak buahnya mencari keluarga Fred di penempatan baru itu.

malavita11

Pada suatu hari, Warren bertindak untuk melarikan diri dari rumah setelah tertangkap oleh pengetua sekolah atas tuduhan mengugut, rasuah, dan memukul pelajar lain serta gurunya.

Manakala kakaknya pula, Belle nekad untuk terjun daripada bangunan setelah cintanya tidak dibalas oleh seorang tutor sambilan.

Bagaimanapun, rancangan mereka berdua tidak berjaya apabila terlihat kehadiran sekumpulan lelaki yang mencurigakan di kawasan kejiranan mereka.

malavita-photo-51d58e60bf17d

Kerana bimbangkan keselamatan ahli keluarga yang lain, mereka bergegas pulang dan terkejut sebaik mendapati rumah mereka telah musnah diletupkan.

Apakah yang berlaku sebenarnya dan apa pula nasib Fred dan Maggie? Jangan lupa saksikan Malavita di panggung wayang berdekatan anda untuk mengetahui kisah sebenar.

Namun harus diingatkan bahawa filem ini diklasifikasikan untuk tontonan 18 tahun ke atas. Jangan pula anda membawa anak-anak kecil menonton filem ini ya.

Apapun, di sini OHBULAN! sertakan trailer Malavita untuk memberi anda sedikit gambaran mengenai filem ini. Semoga terhibur!

SKIP THIS AD ×