berita

Rezeki Selepas Kahwin, Neelofa Rangkul Anugerah Tokoh Wanita Kelantan

April 1st, 2021 | by Zulaikha
Kini Trending

Foto: Neelofa

Akhir-akhir ini, nama usahawan dan pengacara terkenal Noor Neelofa menjadi perhatian ramai setelah selamat sah menjadi isteri kepada seorang pendakwah bebas, Harris. Tidak berakhir di situ, perkongsian Neelofa di Langkawi juga turut mengundang kecaman daripada netizen apabila dia didakwa rentas negeri tanpa kebenaran. Namun, dakwaan tersebut telah disangkal kerana dia berada di sana atas faktor kerja.

Artikel Berkaitan: Tahniah! Neelofa, PU Riz Sah Suami Isteri

Artikel Berkaitan: Pilih Tema ‘Putih’ Sempena Hari Bahagia, Ini Foto Sekitar Majlis Pernikahan Neelofa & PU Riz

Artikel Berkaitan: Didakwa Langgar SOP, Polis Siasat Majlis Nikah Neelofa

Terbaru, lapor Utusan Malaysia, Neelofa menjadi salah seorang daripada 14 tokoh wanita Kelantan yang menerima anugerah khas bersempena dengan Hari Sayyidatina Khadijah (HSK) 2021 anjuran kerajaan negeri.

Berjaya menang Anugerah Khas

Foto: Neelofa

Bagaimanapun, majlis pengiktirafan kerajaan negeri Kelantan tidak dihadiri oleh Neelofa sendiri, kerana masih berada di Langkawi. Bahkan, ketika namanya disebut tiada ahli keluarga atau individu yang tampil mewakili dirinya bagi menerima anugerah tersebut.

Difahamkan, Neelofa telah menerima Anugerah Sayyidina Juwairiyah Al-Harith bagi kategori Tokoh Pempengaruh Mega atau influencer. Bagaimanapun, pihak penganjur menjelaskan Neelofa tidak dapat hadir tersebut, dan tiada sebarang respon diberikan oleh pihaknya bagi menamakan individu yang bakal mewakilinya untuk menerima anugerah itu.

Terdahulu, Neelofa dan Pu Riz selamat disatukan dengan sekali lafaz di sebuah hotel terkemuka ibu kota.

Artikel asal daripada Utusan Malaysia. Ikuti berita terkini dalam dan luar negara di portal Utusan Malaysia

SKIP THIS AD ×