berita

Riena Diana Sah Sertai Geng Pagi Hot FM Bersama Fizie & Mark Adam

February 24th, 2021 | by Wan
Kini Trending

Pelakon Riena Diana melengkapkan trio Geng Pagi Hot (GPH) di Hot FM bermula hari ini. Riena atau nama lengkapnya Nur Qamariena Diana Zulreal, dipilih untuk meneraju segmen GPH bersama Mark Adam dan Fizie setiap Isnin hingga Jumaat bermula jam 6 hingga 10 pagi.

Artikel Berkaitan: Mark Adam Sah Bergelar Penyampai Radio Hot FM, Confirm Bertambah Riuhlah Pagi Korang!

Bermula sebagai penyampai jemputan di Hot FM beberapa minggu lepas, kehadiran Riena sebagai penyampai terbaharu di Hot FM pastinya akan memberi pengisian yang lebih segar dan terkini, seiring dengan sasaran pendengar Hot FM yang memfokuskan pendengar berumur 15 hingga 29 tahun.

Mahu bukti kemampuan

Riena berkata beliau amat teruja untuk mengembangkan bakat dalam bidang penyiaran dan akan melakukan yang terbaik buat pendengar Hot FM.

Riena sangat teruja kerana dipilih menjadi sebahagian daripada Hot FM kerana saya ingin sentiasa mencuba sesuatu yang baru dalam karier dan mencabar diri sendiri untuk mencungkil bakat yang ada dalam diri. Sememangnya, kerjaya sebagai penyampai radio ini sangat mencabar tetapi saya ambil peluang ini untuk mendalami ilmu penyiaran radio. Riena ingin buktikan kepada diri sendiri dan juga semua pendengar bahawa saya mempunyai bakat dalam bidang radio dan pengacaraan. Cuma masih banyak yang perlu saya pelajari untuk memastikan kualiti penyampaian itu di tahap yang tertinggi.

Menyentuh mengenai karier lakonannya, Riena berkata beliau masih lagi akan aktif berlakon namun mengakui harus bijak membahagikan masa dengan baik supaya jadual bersama Hot FM dan lakonan tidak bertembung.

Bidang lakonan akan selamanya menjadi nombor satu buat Riena, tetapi untuk masa sekarang fokus akan lebih tertumpu kepada Hot FM sebab masih baru dan banyak lagi ilmu perlu ditimba. Riena masih lagi menerima tawaran berlakon dan alhamdulillah, pihak produksi yang Riena bekerjasama memahami dan masih memberi Riena ruang untuk berlakon. Jadi, apa yang Riena buat sekarang adalah memastikan segala jadual aktiviti seni dirancang awal supaya tidak memberi masalah kepada semua pihak.

Riena berkebolehan

Ketua Audiens Melayu, Nik Nor Azura Nik Mahmood berkata trio terbaharu GPH kali ini pastinya akan memberi kelainan serta menyifatkan ia merupakan satu transformasi besar buat Hot FM. Keserasian yang ditunjukkan oleh Riena sewaktu sesi ujibakat bersama Mark Adam dan Fizie berjaya memikat pihak Hot FM untuk melamar pelakon itu.

Seperti yang kami selalu beritahu, Hot FM sentiasa mencari bakat dan muka baru dalam bidang penyiaran radio. Kami dapat lihat potensi dan komitmen Riena sewaktu dijemput untuk menjadi penyampai jemputan bersama Haziq dan Deen. Penyampaian Riena sangat bersahaja dan tidak kekok walaupun ianya merupakan pertama kali ke udara sebagai penyampai radio. Selama 2 minggu bersiaran sebagai penyampai jemputan, kami juga melihat Riena mempunyai kebolehan untuk berfikir secara kreatif dan spontan untuk mencetuskan perbualan bersama penyampai lain di udara.

Azura juga berkata keupayaan serba boleh Riena untuk menarik audiens di platform digital adalah salah satu faktor mengapa Riena Diana menjadi pilihan Hot FM.

Hot FM boleh didengari menerusi frekuensi 97.6FM di Lembah Klang, 88.2FM Alor Setar dan Pulau Pinang; 104.5FM Ipoh; 90.1FM Johor Bahru dan Singapura; 92.4FM Kuantan; 105.1FM Kota Bharu; 87.7FM Kota Kinabalu; 94.3FM Kuching; 104.3FM Melaka; 99.5FM Seremban; 90.5FM Taping; 105.0 Kuala Terengganu.

Secara alternatif, para pendengar juga boleh mendengar Hot FM secara live streaming di www.hotfm.com.my dan Youtube Hot TV. Untuk perkembangan dan pengisian digital paling hangat, boleh terus ikuti laman sosial Hot FM di Facebook Hot FM, Instagram @hotfm976 dan Twitter @hotfm976 dan Whatsapp 017-302 8822. Hot FM juga boleh didengar menerusi aplikasi Hot FM, yang boleh dimuat turun di Apple App Store, Google Play dan Huawei App Gallery.

SKIP THIS AD ×