Foto: Tangkap layar video
Semalam, pendakwah bebas terkenal Ustaz Ebit Lew (UEL) menerusi live di beberapa platfom tampil membidas segala dakwaan yang dilemparkan kepadanya semasa menjalankan misi kemanusiaan di Semenanjung Gaza, Palestin.
Artikel Berkaitan: Nama Kena ‘Petik’ Nak Ke Gaza Bersama Ebit Lew, Neelofa Akan Call Caprice
Artikel Berkaitan: ‘Luka Hati Saya’- Ebit Lew Jawab Kenapa Block Caprice, Ada Kaitan Dengan Arwah Bapa
Artikel Berkaitan: Nadir Akhirnya Buka ‘Cerita Sebenar’ Kenapa Misi Bantuan Ustaz Ebit Lew Ke Gaza Dipertikai
Artikel Berkaitan: ‘Tuan Puan Patut Check Dia, Bukan Saya’ – Ebit Lew Minta Nadir Perincikan Duit Sumbangan Gaza
Menerusi live tersebut, UEL dipercayai mempersoalkan mengenai sumbangan rakyat Malaysia sebanyak RM20 juta yang disalurkan kepada aktivis terkenal Muhammad Nadir Al-Nuri Kamamrulzaman bagi misi kemanusiaan di Gaza.
Respon Nadir
Foto: Nona
Menerusi Instastory yang dimuat naik oleh Nadir, memberikan ‘gambaran’ kepada orang ramai yang dia akan menjawab mengenai persoalan ke mana hasil sumbangan yang diberikan oleh rakyat Malaysia bagi misi kemanusiaan di Gaza.
Rilek guys. Saya ok je. Kita kerja NGO ni semua ada hitam putih tak ada problemlah. Cuma sehari dua ni nak kena settle projek ni dulu.
Ujarnya lagi, dia meminta orang ramai bersabar dan menjelaskan pihaknya mempunyai bukti setiap apa yang telah dibelanjakan. Namun, waktu yang ada agak terhad dan membataskannya daripada berbuat demikian.
Rileks guys!
Menerusi platfom Telegram Nadir, dia kini aktif berkongsi aktiviti ibadah korban di bumi Gaza.
Your end is near 75 down, 47 to go. 2.51am di Gaza. Ya Allah berikan kepada kalian semua yang membaca ketenangan hati, kemurahan harta dan kelapangan rezeki. Jangan lupa doakan kami.
View this post on Instagram
Sumber: Nadir