berita

RIPPLE Perkenal Barisan Penyampai Radio Segmen Pagi Baharu

July 30th, 2021 | by Wan
Kini Trending

Platform radio Media Prima, RIPPLE (dahulunya dikenali sebagai Rangkaian Radio Media Prima) mengumumkan barisan penyampai bagi segmen pagi untuk semua stesen di bawah RIPPLE hari ini.

Artikel Berkaitan: Fara Fauzana Buat ‘Comeback Sertai Hot FM, Ramai Minta Panggil Faizal Ismail Sekali

Barisan DJ hebat

Douglas Lim, cukup dikenali sebagai pelakon, pelawak dan pengacara televisyen, diumumkan menyertai Fly FM dalam segmen pagi bersama penyampai sedia ada Fly FM iaitu Ili. Bekas pemenang program Flydol yang juga seorang penyanyi dan penulis lirik ini akan ke udara bersama Douglas Lim setiap hari Isnin hingga Jumaat bermula 2 Ogos ini.

Bagi One FM, penyampai sedia kala One FM, iaitu Angeline akan digandingkan bersama Royce yang juga seorang penyampai radio berbahasa Cina. Selepas 4 tahun, Royce kini kembali ke industri penyiaran radio. Penampilan mereka bersama dijangka akan memberikan kelainan kepada stesen radio One FM dengan isi kandungan mereka yang menarik.

Fafau kembali

https://www.facebook.com/hotfm976/videos/361796608692877

Bagi stesen Hot FM pula, Fara Fauzana akan bersama Hot FM sebagai orang ketiga disamping AG dan Fad untuk segmen pagi di Hot FM. Trio ini akan memulakan segmen pagi secara rasmi di Hot FM setiap hari Isnin hingga Jumaat bermula 6 pagi hingga 10 pagi. Bekas penyampai Hot FM AM krew, Fara Fauzana dan AG akan bergandingan semula untuk menghiburkan pendengar setia Hot FM dan akan dihebatkan lagi dengan gandingan Fad. Hot FM berharap dapat memberikan sesuatu yang lebih segar dan menyampaikan kandungan-kandungan yang menarik kepada semua pendengar.

Pengacara TV, iaitu Ally Iskandar dan pembaca berita Buletin Utama, Hawa Rizwana akan mengendalikan rancangan pagi Koo FM yang juga akan bermula pada 2 Ogos 2021. Ini adalah kali pertama mereka digandingkan di ruang udara radio.

Untuk maklumat, kedua- dua stesen One FM dan Kool FM akan dikenali dengan jenama yang yang baru pda 2 Ogos ini.

SKIP THIS AD ×