berita

Risiko Batal Pas, Tinggalkan Negara Serta Merta Jika Keluar Kenyataan Tidak Benar – KP Imigresen

July 7th, 2020 | by Arini Saleh
Isu & Kontroversi

Laporan tidak benar agensi berita antarabangsa, Al Jazeera mengenai kawalan wabak Covid-19 melibatkan warga asing telah menimbulkan kemarahan orang ramai. Menerusi dokumentari tersebut, seorang warga asing mendakwa kerajaan melayan mereka dengan kasar.

Memetik laporan Bernama, Jabatan Imigresen Malaysia (JIM) memberi amaran membatalkan kelulusan pas jika ada warga asing mengeluarkan kenyataan tidak tepat untuk memburukkan imej negara.

Berdepan risiko jika memburukkan imej negara

Ketua Pengarah Imigresen, Datuk Khairul Dzaimee Daud, ketika mengulas mengenai dokumentari ‘Locked Up in Malaysia’s Lockdown’ berkata, laporan yang dikeluarkan Al Jazeera kononnya Malaysia bersikap rasis dan tidak berperikemanusiaan adalah tidak benar.

Katanya lagi, laporan tersebut tidak berdasarkan fakta sebenar.

Mereka berdepan risiko pembatalan pas dan akan diminta meninggalkan negara ini serta-merta, jika kenyataan berkenaan tidak tepat dan bertujuan memburuk-burukkan imej Malaysia.

Operasi Imigresen di sekitar Jalan Masjid India, di sini, pada 1 Mei lalu memeriksa seramai 3,352 warga asing, namun jumlah ditahan untuk siasatan lanjut hanya 586 orang.

Kerajaan Malaysia juga memberi rawatan secara percuma kepada 773 warga asing yang didapati positif COVID-19 di Depot Tahanan Imigresen (DTI) dan terdapat kedutaan asing yang memuji tindakan ini serta mengucapkan terima kasih.

Khairul Dzaimee turut mengingatkan pemegang pas jangka panjang seperti pas penggajian, lawatan kerja sementara dan pas residen hendaklah berjaga-jaga ketika mengeluarkan sebarang kenyataan.

Di dalam dokumentari yang berdurasi 25:50 saat itu, beberapa orang warga asing yang ditemuramah memberitahu Malaysia melayani mereka dengan kasar seperti binatang. Malah, ada rakan-rakannya ditangkap kerana tidak mempunyai dokumen yang sah.

Sumber : Bernama

The following two tabs change content below.

SKIP THIS AD ×