Pelakon, Rizky Billar, 27, mengakui perniagaannya terjejas dan terpaksa menanggung kerugian sebanyak 400 juta rupiah (RM121,743) selepas skandal rumah tangganya viral di media, baru-baru ini.
Artikel Berkaitan: Tiada Peluang Kedua, Bapa Mahu Lesti Kejora Cerai Dengan Rizky Billar
Artikel Berkaitan: Rizky Billar Sudah Lafaz Cerai Talak Satu Pada Lesti Kejora
Artikel Berkaitan: Polis Dedah Lesti Kejora Pernah Dibaling Bola Snuker
Terima tekanan dan gangguan mental
Hal tersebut didedahkan peguam Billar, Ade Erpil kepada media. Menurut Erpil, skandal tersebut turut menyebabkan pelakon itu dan ahli keluarganya mengalami tekanan mental.
Saya mahu bertanya kepada penyiasat laporan Lesti mengenai tuduhan dikasari bertubi-tubi itu harus dibuktikan dahulu. Jika tidak benar siapa yang mahu bertanggungjawab. Anak guam saya dan keluarganya sudah menerima banyak tekanan dan gangguan mental.
Terdahulu, pasangan tersebut menjadi perhatian selepas Lesti membuat laporan polis menjadi mangsa keganasan Rizky apabila mengetahui suaminya berlaku curang.