Selepas membuat laporan polis terhadap suaminya, Rizky Billar, atas jenayah Kekerasan Dalam Rumah Tangga (KDRT), penyanyi dangdut Lesti Kejora masih belum mengeluarkan sebarang kenyataan kepada umum.
Artikel Berkaitan: Dua Kali Bertengkar Dengan Rizky Billar, Lesti Kejora Kini Dirawat Di Hospital – ‘Keadaannya Sangat Lemah’
Artikel Berkaitan: Angkut Barang Dari Rumah Rizky Billar, Lesti Kejora Tunai Umrah?
Artikel Berkaitan: Leher Dipasang Pendakap, Lesti Kejora Masih Trauma Dipukul Rizky Billar
Artikel Berkaitan: ‘Lesti Kejora Ada Hubungi Saya Pada Malam Kejadian’ – Rossa
Tidak maafkan
Memetik laporan Tribun News, bapa kepada Lesti iaitu Endang Mulyana enggan memaafkan perbuatan terkutuk Rizky terhadap anak perempuannya itu.
Endang didakwa menyuruh penyanyi berumur 23 tahun itu untuk segera memfailkan permohonan cerai terhadap Rizky selepas insiden buruk pada minggu lalu.
Perkara ini didedahkan secara langsung oleh bekas pekerja Lesti dan Rizky yang bernama Mapud.
Menerusi video yang tular itu, Mapud menjawab soalan orang ramai yang ingin tahu pengakhiran konflik antara Lesti dan Rizky.
Tambah Mapud lagi, Endang sudah bersedia menanggung risiko susulan penceraian anak perempuannya, termasuk mengenai pembahagian aset harta.
Keluarga menangis
Dalam pada itu, Mapud mendedahkan ibu bapa kepada pelantun lagu Sekali Seumur Hidup menangis ketika mengetahui nasib malang yang menimpa puteri tunggal mereka.
Keluarga Lesti amat sedih dengan kejadian itu, malah ibu dan ayahnya juga menangis.
Kisah rumah tangga pasangan romantis itu menjadi perhatian media dan juga peminat selepas Lesti mendakwa menjadi mangsa kekerasan Rizky akibat diduga berlaku curang di belakang isterinya.
Memetik laporan polis, Rizky telah menolak dan melemparkan isterinya ke atas katil serta mencekiknya sehingga jatuh ke lantai.
Susulan kejadian yang berlaku, Lesti dilaporkan mengalami kecederaan pada tangan, leher dan tubuh sehingga terpaksa menerima rawatan di Rumah Sakit Bunda Menteng selama empat hari.
Kes tersebut disiasat mengikut Pasal 44 Undang-Undang No. 23 Tahun 2004 tentang Penghapusan Keganasan Rumah Tangga (UU PKDRT) dan jika sabit kesalahan, pelaku boleh dipenjara sehingga 15 tahun sekiranya mangsa mengalami luka berat ataupun meninggal dunia.
Lesti dan Rizky mendirikan rumah tangga pada 19 Ogos 2021 dan hasil perkahwinan, mereka dikurniakan seorang cahaya mata lelaki, Muhammad Leslar Al-Fatih Billar.
Sumber: Tribun News