Kisah rumah tangga pasangan selebriti, Rizky Billar dan Lesti Kejora masih menjadi sorotan masyarakat Indonesia.
Artikel Berkaitan: Angkut Barang Dari Rumah Rizky Billar, Lesti Kejora Tunai Umrah?
Artikel Berkaitan: Leher Dipasang Pendakap, Lesti Kejora Masih Trauma Dipukul Rizky Billar
Artikel Berkaitan: ‘Lesti Kejora Ada Hubungi Saya Pada Malam Kejadian’ – Rossa
Artikel Berkaitan: Tiada Peluang Kedua, Bapa Mahu Lesti Kejora Cerai Dengan Rizky Billar
Masa tengah gaduh
Memetik laporan Liputan6, Rizky pernah melafazkan cerai dengan talak satu kepada Lesti.
Menurut peguam Rizky iaitu Adek Erfil Manurung berkata kejadian itu berlaku ketika mereka sedang bertengkar.
Mereka bergaduh pada pukul 5 pagi, Lesti mengamuk. Rizky kemudiannya ke bilik air bagi menenangkan diri.
Ketika dia ke bilik air, Lesti terus mengamuk dan dia (Rizky) terus menjatuhkan talak satu kepada Lesti.
Selepas pemilik nama Muhammad Rizky menjatuhkan talak, penyanyi dangdut itu menjadi sangat beremosi dan menarik leher suaminya hingga rantai Rizky terputus.
Adek berkata, perkara itu yang membuatkan Rizky bertindak menepis sehingga membuatkan Lesti terjatuh bukan dibanting seperti yang dilaporkan media.
Bersetubuh untuk gugur talak
Bagaimanapun, pelakon berumur 27 tahun tidak gembira dengan tindakannya itu lalu menyemak maklumat di Internet berkaitan lafaz talak.
Cerita Adek lagi, Rizky mendapati lafaz cerai boleh gugur selepas mereka melakukan hubungan intim.
Dia bangun pukul 8 pagi dan mencari maklumat di internet berkaitan dengan talak satu. Dia dapati boleh selesai dengan berhubungan suami isteri semua. Jadi biasa suami isteri melakukan hubungan selepas bertengkar.
Kes yang masih dalam siasatan pihak polis ini disiasat mengikut Pasal 44 Undang-undang No.23 Tahun 2004 tentang Penghapusan Keganasan Rumah Tangga (UU PKDRT). Jika disabitkan kesalahan, pelaku boleh dipenjara sehingga 15 tahun sekiranya mangsa mengalami luka berat ataupun meninggal dunia.
Terdahulu, Lesti Kejora dan Rizky Billar mendirikan rumah tangga pada 19 Ogos 2021 dan hasil perkahwinan itu mereka dikurniakan seorang cahaya mata lelaki, Muhammad Leslar Al-Fatih Billar.
Sumber: Liputan6