berita

RM228,000 Duit Pencen Ibu ‘Licin’ Digunakan Ayah Untuk MLM, Gadis Ini Kecewa & Terbaru…

June 18th, 2016 | by Wan
Isu & Kontroversi

MLMOHBULAN

Walaupun sudah banyak cerita tentang kes penipuan Multi-level Marketing (MLM), nampaknya masih ramai yang tidak serik.

Gara-gara mahu mendapat keuntungan dengan cara yang cukup mudah dan cepat, mereka masih terjebak. Kalau dia seorang diri je yang join tak apa lah, ini dihasutnya kaum keluarga dan rakan.

Lebih menyedihkan apabila duit pencen isteri yang bernilai ratusan ribu turut dilaburkan untuk MLM. Kenapa lah sampai macam itu sekali. Berikut cerita dari perkongsian pembaca kami.

RM228,000 duit ibu diguna ayah untuk MLM

Salam Admin,

Saya ada nak cerita sikit. Boleh post cerita saya? Tolong hide profile saya yer. Terima kasih. Assalamualaikum, saya ada cerita. Ini cerita tentang kehidupan saya. Sekarang saya tengah buat dua kerja sambilan sementara menunngu semester baru. Tujuan sebenar saya bekerja ialah untuk pembiayaan saya kat universiti nanti. Saya kerja pagi sebagai kerani dan malam sebagai guru tuition. Sebulan saya dapat roughly 2,400. Saya tahu keluarga saya ada masalah dalam kewangan semenjak ibu pencen. Saya bukan nak mengata tapi Ayah sedikit berbeza dari ayah-ayah diluar sana.

Saya cerita dari mula lah yer. Pada tahun 2011/2012, Ibu dah nak pencen, kemudian keluar lah duit bakses Ibu, dalam hampir 300,000. Kemudian jiran sebelah ada ajak Ayah main MLM (jiran tahu ibu nak pencen, mesti duit bakses keluar banyak). Ayah pujuk rayu Ibu tentang nak join MLM. Masa tu dorang ada meeting lah kat rumah kitaorang, mula lah sesi pujuk rayu kat Ibu. Ibu terpaksa ikut kata Ayah sebab Ayah jenis panas baran tapi pada masa yang sama juga, Ibu ada cakap kat diaorang (Ayah dan jiran) yang dia sebenarnya tak setuju. Saya faham sifat ibu, dia lebih suka mendapatkan duit dengan ada nya titik peluh dan dia juga tidak mudah terpedaya dengan MLM ni. Dalam 228,000 kot Ayah masukkan duit untuk MLM, sedangkan itu duit Ibu, hasil usaha dia bekerja berpuluh-puluh tahun.

Duit pinjaman RM150,000 untuk MLM lagi

Tak lama lepas tu, MLM tu tak berfungsi dan ternyata itu adalah scam. Terdiam duduk Ayah, ibu pulak menangis sedih bukan Ibu gilakan duit tapi sebab dia buntu macam mana nak cari duit untuk buat rumah. Yes, kami belum mempunyai rumah sebab selama tu kami tinggal dekat rumah kerajaan. Ibu sedih sebab duit tu nak buat sebuah rumah. Tapi segalanya musnah sebab Ayah tamak dan jiran kuat perdaya orang. Sampai sekarang Abang saya bencikan jiran sebab benda tu. Tapi sekarang kitaorang ada rumah sebab ibu dulu ada memohon perumahan tapi tak sebesar mana yang ibu plan nak buat. Tapi sebelum kita ada rumah sekarang ni, ada lagi dugaan.

Ayah suruh Ibu buat pinjaman bank sebab masatu takde rumah lagi. Ibu ikut juga cakap Ayah sebab takut Ayah marah. Ibu buat pinjaman dalam 150,000. Tapi sayang nya Ayah main lagi duit tu untuk MLM. Kalau ada yang cakap kenapa tak dapat lawan Ayah, korang tak tau macam mana panas barannya Ayah, ada juga sampai naik tangan. Ibu tak nak cerai dari Ayah sebab pikirkan anak. Tapi kalau nak cerai pun, Ibu lebih dari mampu. Pencen dia ada dalam hampir 4,000 sebulan, tapi disebabkan Ayah, duit Ibu tinggal 760 je sebulan. Ayah memang sampai hati. Ibu jenis nya tak suka berhutang tapi sebab Ayah, dia terpaksa akur. Tapi dengan pencen Ibu sekarang, Ayah ada lah bagi duit belanja rumah, dalam 300 jer. Cukup ke 300? Nasib lah kitaorang. Ini pun dia bagi selepas kitaorang susah macam ni. Dulu masa ibu kerja, dia tak pernah nak beli barang dapur, bagi duit kat anak pun bukan bulan-bulan. Tapi sekarang baru dia sedar erti tanggungjawab. Tapi tak sampai sana jer, Ayah sampai sekarang main MLM. Duit bulan-bulan cepat habis, tak sampai 10 hari pun.

Dia tetap ayah

Sekarang saya dah kerja sambilan, abang pulak dah kerja full time dan kakak still study tapi ada duit elaun sekolah. Saya anak bungsu tapi saya bagai anak sulung. Abang tak reti nak bagi Ibu duit walaupun gaji nak hampir 4,000 tolak duit kereta, tinggal dalam 2,400. Kadang kalau Ayah mintak baru nak bagi, itupun selalu dalam 150 jer. Kedekut betul. Kakak tak menyusahkan. Dulu dia pernah jugak kerja part time, dia lah yang tolong belikan kasut raya untuk saya, belikan barang dapur sikit-sikit. Ibu, walaupun takde duit, dia tak pernah menyusahkan. Saya pulak selalu kena pinjam duit, before end of the month duit habis. Macam ni lah yer, kalau kerja pagi saya dapat gaji setiap 25hb, kalau malam, dapat selepas 1hb.

Masa gaji 25hb tu, saya dapat 1,500. Ayah pinjam 90, abang pinjam, 150. Ayah pinjam untuk MLM. Okay, ada balance, 1,260. Kemudian kereta yang kitorang guna, saya sorang beli je minyak, lepas tu saya yang servicing, lepas tu tayar saya beli. Bukan 1 buah yer, 2 buah kereta, minyak saya tanggung. Perbelanjaan saya untuk kereta dah dalam 600. Sekarang gaji dah tinggal 660. Ibu tak suruh bagi duit, dia suruh simpan untuk duit sekolah nanti. 660 ni, saya guna belanja saya 300 dan 360 lagi untuk barang makan sikit-sikit, belanja makan luar. Okay, gaji 1,500 tu dah lesap. Dan gaji malam, yang 900 tu, cerita yang sama jugak, ada jugak yang pinjam. Sekarang balance kat bank, ada 288 and kat bag duit, ada 15 jer. Yuran sekolah nak bagi dalam 1,400. Mana nak cari kalau tiap bulan saya kena buat macam ni?

Ada cakap, jangan pinjam kan. Saya tak sampai hati kalau kat Ayah. Lagi satu, Ayah mula lah mengungkit kalau tak pinjam kan duit, dia kata jangan guna kereta lah, anak menyusahkan, anak tak guna lah. Malas nak ingat balik apa yang dia cakap kat. Walau macam mana pun, dia tetap Ayah saya. Saya nak curhat jer. Minta maaf lah kalau bahasa kasar, saya anak derhaka sebab cakap tak baik tentang Ayah. saya nak curhat jer sebab banyak kali dah aku nangis, pendam sorang-sorang. Nak cerita kat kawan, malu rasanya.

Sumber : Inbox Ohbulan

SKIP THIS AD ×