berita

RM30,000 Sehala, Orang Kelantan Paling Ramai Sewa Helikopter Balik Raya

May 30th, 2019 | by Wan
Kini Trending

Tinggal beberapa hari lagi sebelum seluruh umat Islam meraikan Aidilfitri, ramai yang sudah pun memulakan perjalanan pulang ke kampung lebih awal bagi melakukan persiapan raya bersama keluarga tercinta. Tak kurang juga ada yang mahu ‘lari’ dari kesesakan jalan raya.

Pengangkutan awam dengan harga yang berpatutan seperti bas dan keretapi menjadi pilihan warga kota untuk pulang ke kampung. Jika ada duit lebih sikit, syarikat tambang murah seperti AirAsia jadi pilihan.

KL – Kota Bharu naik Helikopter

Menerusi laporan Sinar Harian, mereka yang berkemampuan kini boleh menempah helikopter jika mahu pulang ke kampung halaman! Perkhidmatan yang dilakukan oleh syarikat Hazmi Dimasyq Group ini mendapat perhatian warga kota dan setakat ini terdapat 11 permintaan yang mana paling tinggi adalah penerbangan dari Kuala Lumpur ke Kota Bharu.

Menurut pemilik syarikat, Hazmi Hanipa, mereka menyediakan lebih 20 helikopter pada musim perayaan kali ini dan harga ‘tambang’ untuk pulang ke Kelantan mencecah RM30,000 untuk sehala.

Penerbangan pertama bermula pada 3 Jun ini dan harga penerbangan ke Kelantan mencecah RM30,000 untuk sehala.

Kita menyediakan lebih 20 buah helikopter untuk musim raya ini manakala penerbangan hari biasa melibatkan enam buah sahaja.

Untuk penerbangan enam penumpang, harganya mencecah RM17,000 untuk satu jam dan penerbangan dari Kuala Lumpur ke Kota Bharu memakan masa tiga jam.

Macam mana, ada yang berminat nak balik kampung naik helikopter?

Sumber: Sinar Harian

SKIP THIS AD ×