Penyanyi lagenda Malaysia, Ziana Zain meluahkan rasa syukur dan terharu atas pencalonnya di Anugerah Juara Lagu Ke-38 (AJL38).
Artikel Berkaitan: #RoadToAJL38: ‘Ikhlas & Beri Jiwa Dalam Mencipta Lagu’ – Hael Husaini
Artikel Berkaitan: #RoadToAJL38: Siapa Layak Menang Vokal Terbaik? Aina Abdul, Ernie Zakri Atau Marsha Milan?
‘ Saya dapat rasakan AJL yang terbaru’
Ketika ditemui OhBulan, Ziana atau nama sebenarnya Siti Roziana binti Zain menyifatkan perbezaan umur dalam kalangan peserta yang kebanyakannya penyanyi baharu menjadi salah satu cabaran baginya di pentas AJL38.
Saya bersyukur sangat mewakili pencipta dan penulis lagu. Tapi dalam masa sama, kelakar juga sebab kita ni dikenali dengan penyanyi 90-an yang akan bertanding dengan budak-budak baru. Saya dapat rasakan AJL yang terbaru.
Perbezaan dari segi umur peserta. Ini merupakan satu cabaran buat saya. Pada usia yang sekarang, orang akan melihat generasi baharu dan lama bertanding dalam satu pentas.
Dalam pada itu, pelantun lagu Madah Berhelah itu akui seronok dan berbesar hati kerana dapat bertanding di satu pentas bersama anak saudaranya, Ernie Zakri.
Memang seronok sebab kita boleh tengok anak-anak buah kita sekali atas satu pentas. Bersama-sama menjalankan tanggungjawab. Sebelum ni, dia tengok kita dan sekarang dia faham menjadi seorang penyanyi. Saya sangat seronok kerana kita tahu kita ada saudara yang bersama-sama berjuang dalam industri ini.
Apabila ditanya mengenai harapannya di pentas AJL, Ziana cuma mengharapkan agar para peserta diberi kesihatan yang baik selain dapat membuat persembahan yang terbaik.
Tidak kira siapa yang menang, itu adalah bonus dan rezeki buat mereka. Bagi saya, jika mereka bekerja keras dan menang, adalah satu bonus. Pengiktirafan buat penyanyi itu sendiri.
Saya cuma target dapat susunan lagu yang bagus dan lakukan persembahan dengana baik, itu sudah cukup bagi saya. Sebab bagi saya, siapa yang bertanding di AJL adalah yang terbaik daripada yang terbaik.
Sekadar info, lagu Waktu nyanyian Ziana Zain dan Hasif Upin merupakan antara 12 lagu yang berjaya ke AJL38 untuk berentap di pentas berprestij pada Mac tahun depan.
Selain Ziana, 11 finalis AJL38 yang lain ialah Aina Abdul (Jangan Mati Rasa Itu), Aisha Retno (Sutera), Shiha Zikir (Kalam), Marsha Milan (Darah), Ernie Zakri (Astana), Hael Husaini (Bintang), Amir Jahari (Hasrat), Khai Bahar dan Nabila Razali (Selagi Ku Ada), Masdo (Inilah Jalannya), Datuk Jamal Abdillah dan Wany Hasrita (Ku Cuma).