berita

Roadtrip & 7 Pengalaman ‘Best Wei!’ Yang Korang Wajib Cuba Sekali Seumur Hidup!

December 17th, 2015 | by Wan
Sponsored Post

coverhuawei

Diam tak diam tahun 2015 dah nak berakhir, memang rasa sekejap sangat. So macam mana dengan cita-cita, impian, atau apa sahaja perkara yang korang inginkan tahun ini dah terlaksana ke belum?

Kami percaya korang mesti ada target sendiri kan, tipu lah kalau tak ada?

Kalau tanya kami, hurm memang banyak lagi benda best yang kami tak sempat nak buat. Tak apa, boleh bawa ke tahun depan dan tambah 8 pengalaman ‘best wei’ yang bakal kami kongsikan ini dalam wish list korang.

Roadtrip dengan kawan-kawan

huawei image

Perkara yang paling best bila roadtrip dengan kawan-kawan ini ialah mereka ‘satu kepala’ dengan kita. Pendek kata nak ke mana dan buat apa mesti jarang bertekak sebab masing-masing sehaluan dan janji happy!

Tak payah plan jauh-jauh, pusing dalam Malaysia ini pun dah cukup menarik. Jangan lupa ambil gambar banyak-banyak lepas tu share dekat akaun sosial media korang macam Instagram.

Percayalah satu hari nanti korang mesti rindu dan nak repeat balik!

Hiking & capture pemandangan menarik dari atas bukit

huawei image

(Foto diambil menggunakan Huawei G8)

Salah satu sebab kenapa orang mendaki ialah nak tengok pemandangan yang cantik daripada atas bukit mahupun gunung. Perasaan dia bila dah sampai dekat atas itu memang puas gila!

Selain air mineral dan ubat ubatan, barang wajib bawa bila mendaki bukit ini ialah phone korang! Phone pula pastikan yang memang terbaik,tahan lasak dan paling penting boleh capture gambar paling cun. Biar berbaloi dengan penat lelah korang daki tinggi-tinggi tu.

Dinner @ rooftop

sky

Bayangkan makan malam korang ditemani cahaya bulan dan bintang, angin bertiup sepoi-sepoi bahasa sambil disajikan dengan pemandangan yang cukup menarik dari rooftop.

Lebih manis pengalaman yang cukup indah ini ditemani insan yang tersayang dan setiap detik indah dirakam. Macam dalam drama gitu!

p/s : Dekat rooftoop ini lighting dia memang kurang sikit jadi pastikan phone korang boleh ambil gambar dengan baik walaupun pada waktu malam.

Cafe hunting! Nyum nyum nyum!

huawei image

(Foto diambil menggunakan Huawei G8)

Senaraikan cafe-cafe paling menarik yang ada di tempat korang dan mulakan cafe hunting! Lagi best kalau korang dapat ambil gambar makanan di cafe tersebut dan buat sedikit review. Selalu pun kalau upload tempat makan best je mesti ada yang tanya dekat mana kan?

Best sebenarnya cafe hunting, setakat cafe-cafe menarik ini semua dalam tangan korang lah.

Spartan race siapa lagi power

spartan

Sekali sekala apa salahnya ajak kawan-kawan, officemate atau family untuk cuba spartan race ala-ala ninja warrior ni. Masa ini lah boleh tengok siapa yang jenis cepat ‘pancit’ dan siapa paling fit!

Bukan senang oii nak habiskan race ini, kalau mental tak kuat rasa nak give up je. Tapi pengalaman yang kita dapat tu memang tak dapat dilupakan.

Terokai gua & camping

Screen Shot 2015-11-27 at 2.28.17 AM

Susah nak gambarkan perasaan bila masuk gua ini. Takut ada, teruja ada. Tapi yang pasti ia satu pengalaman yang menarik dan korang patut cuba.

Silap hari bulan, gua yang korang pergi itu merupakan ‘rumah’ kepada hidupan zaman dulu. Yang penting pastikan phone korang dapat capture gambar yang cantik walaupun dalam keadaan cahaya kurang.

Water Rafting

Screen Shot 2015-11-27 at 1.34.54 AM

Ini lagi satu aktiviti yang akan buat korang ingat sampai bila-bila iaitu water rafting. Water rafting ini ada banyak gred berdasarkan tahap kesukaran jeram dan arus. Untuk level biasa-biasa sesuai try gred 3 atau 4.

Yang penting sepanjang buat water rafting ini memang hati tak tenang. Selalunya untuk beginner selalunya memang jatuh dalam air hehe.

Cycling

huawei image

(Foto diambil menggunakan Huawei G8)

Masa kecil-kecil dulu selalu lah berbasikal tapi bila besar panjang ini memang dah dilupakan. Apa kata plan aktiviti berbasikal bersama officemates atau family pada hujung minggu.

Nak lagi best try berbasikal dekat kawasan berbukit. Macam kami selalu ke Taman Botani Shah Alam, dia punya bukit lenguh kaki tau. Okay lah sambil-sambil hirup udara segar, boleh ambil gambar pemandangan menarik dekat situ.

huawei image

(Foto diambil menggunakan Huawei G8)

Amacam ada antara aktiviti dekat atas ni yang korang dah try ke? Lagi best kalau setiap pengalaman best wei ini dapat di ambil menggunakan Huawei G8 yang lengkap dengan ciri-ciri fotografi terbaik.

Huawei BEST WEI lah!

SKIP THIS AD ×