Bagi anda yang masih berfikir samada mahu pergi atau tidak untuk Rockaway Festival, tidak perlu berfikir panjang lagi kerana pihak penganjur telah menyediakan anda dengan perkhidmatan bus shuttle yang akan membawa anda terus dari KL Sentral ke Sepang International Circuit.
Namun begitu, perkhidmatan ini hanya disediakan khas untuk para peminat yang mempunyai tiket Rockaway Festival. Bagi yang sekadar mahu tumpang balik ke Sepang, sama sekali tidak dibenarkan. Anda boleh cari papan tanda tempat menunggu bas untuk ke Rockaway Festival ketika berada di KL Sentral nanti. Berikut adalah jadual perjalanan bus shuttle ;
KL Sentral – SIC
11am, 2pm, 5pm
SIC – KL Sentral
1am
Namun apa yang lebih menggembirakan dari mendapat pengangkutan percuma ialah, jadual persembahan telahpun dikeluarkan. Mari kita tengok band kegemaran anda akan beraksi pada jam berapa!
Konsert ini akan berlangsung pada 20 Oktober 2012, Sabtu ini di Helipad, Sepang.