Baru-baru ini, penyanyi kelahiran Indonesia, Raffa Affar menerima kritikan yang begitu hebat di media sosial berikutan menyanyikan lagu ‘Tiara’ dengan sumbang.
Artikel berkaitan: Dikecam Nyanyi Lagu Tiara Sumbang Semasa Live, Raffa Affar Tampil Beri Respon – ‘Semua Orang Bebas Berpendapat’
Artikel Berkaitan: Nyanyi Lagu ‘Tiara’ Tak Sedap Masa ‘Live’, Penyanyi Indonesia Dikecam
Pencipta lagu ‘Tiara’, Datuk M Nasir bagaimanapun tidak menganggap ianya sebagai satu masalah.
Tidak perlu diperbesarkan
Menurut M Nasir, dia tidak kisah sekiranya lagu tersebut dinyanyikan dan diolah oleh penyanyi dari seberang. Tambahnya, isu tersebut tidak perlu diperbesarkan.
Itu (cover version) sudah biasa terjadi dalam industri, jadi tiada masalah, kita (penyanyi dalam negara) pun buat sebegitu. Ia pendapat peribadi (komen netizen), sama ada hendak marah atau tidak.
Diminta untuk mengulas cara nyanyian dan melodi yang telah ditukar oleh Raffa, M Nasir mengakui ia satu fenomena yang tidak dapat terkawal.
Itu (rosak lagu) ya lah sikit, tetapi ia tetap akan berlaku dan kita tidak dapat mengawal perkara itu. Kita kalau hendak buat sesuatu (tindakan) boleh, tetapi saya ingat dalam keadaan sekarang kita tak payah (perbesarkan) kerana mereka kawan kita juga.
Halwa telinga pun lain
Dalam pada itu, M Nasir mengaku bahawa lagu dalam versi ‘cover version’ mendapat view yang lebih tinggi.
Trend sekarang ini zaman media sosial lain sedikit, halwa telinga pun lain.
Terdahulu, Raffa Affar dikatakan merosakkan melodi dan keaslian lagu ‘Tiara’ apabila tampil melakukan persembahan secara langsung di Indonesia.
Sumber: Harian Metro