berita

Rosyam Nor Kemalangan

February 19th, 2015 | by Wan
Kini Trending

rn

Datuk Rosyam Nor terlibat dalam kemalangan yang berlaku di Jalan Universiti berdekatan dengan Pusat Asasi Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM) kira-kira pukul 10 malam semalam.

Menurut Rosyam kereta jenis Peugeot miliknya terbabas dan melanggar pembahagi jalan selepas hilang kawalan akibat hujan lebat. 

Kereta Rosak Teruk

kr

Walaupun keretanya mengalami kerosakan teruk akibat rempuhan tersebut namun dia terselamat daripada sebarang kecederaan.

Alhamdulillah tiada apa-apa yang serius berlaku dan tidak melibatkan kenderaan lain, cuma kemalangan kecil sahaja.

Ketika kejadian kenderaan saya hilang kawalan ekoran hujan lebat sebelum melanggar pembahagi jalan.

Akibat hentaman kuat kereta tidak boleh bergerak kerana tayar pecah selain beberapa bahagian lain juga mengalami kerosakan.

Buat pembaca OHBULAN! hati-hati memandu ketika pulang ke kampung, bak kata pepatah ‘malang tak berbau.’ Selamat bercuti!

Kredit Berita : mStar

The following two tabs change content below.

×