Pertama sekali maafkan kami kerana sering ‘mengganggu’ korang dengan pelbagai aneka makanan menarik yang sering dikongsi di laman OHBULAN ini.
Nak buat macam mana, kami memang food hunter tegar yang pantang bila tengok makanan yang mulai viral di laman sosial. Kami pasti kejar!
Terbaru, roti john cheese sekilo yang sedang viral di Facebook ini pastinya mengundang nafsu makan korang! Meleleh beb! Mana nak dapat?
Cheese melimpah ruah, mana boleh tahan!
Hati yang mana boleh tahan jika melihat cheese yang melimpah ruah meleleh macam ini. Tambah pula roti john merupakan makanan yang cukup sinonim dengan rakyat Malaysia.
Sejak semalam ramai yang mula share tentang kelazatan roti john cheese sekilo ini sehinggakan pemilik kedai tak cukup tangan menerima order yang tak putus-putus.
RM15 je
Untuk dapatkan roti john cheese sekilo ini, korang cuma perlu bayar RM15 dan boleh pilih ayam atau daging. Katanya ada adunan rempah ratus rahsia digunakan. Sebab tu lah ramai orang kot.
Amacam, tak rasa nak pergi beli? Petang ni jugak kami nak pergi cari. Dekat Tam Nasi Ayam Seksyen 23, Shah Alam.
Sumber : Roti John Cheese Sekilo