berita

Rozana Bawa Polis Bersenjata Larikan Anak Awie

February 27th, 2015 | by Wan
Isu & Kontroversi

awie2

Januari lalu Mahkamah Tinggi Syariah telah memberikan hak jagaan sementara tiga orang anak hasil perkahwinan mereka berdua kepada Rozana Misbun. Tidak berpuas hati dengan keputusan tersebut, Awie bagaimanapun telah membuat rayuan dan keputusan hanya bakal diketahui Mei depan.

Terbaru, Awie mendakwa Rozana membawa lari dua anak mereka dari sekolah dengan membawa polis bersenjata yang diragui identitinya. Betul ke polis?

Ragu Identiti Polis

awie1

Menurut Awie, dia terkilan dengan tindakan Rozana yang membawa lari dua anak mereka ketika kanak-kanak itu berada di sekolah tanpa memaklumkan terlebih dahulu kepadanya.

Saya tidak pasti kenapa dia tidak mahu datang ke rumah saya sendiri untuk berjumpa dengan anak-anak tetapi dia akan ‘serang’ apabila saya tiada di rumah.

Perbuatan dia membawa lari anak-anak dari sekolah dengan membawa polis bersenjata membuatkan saya terkilan.

Saya ingin tahu siapa polis itu kerana saya ragu-ragu dengan identitinya kerana sesuka hati membawa senjata tambahan pula ke sekolah.

Tak Hantar Kembali Ke Sekolah

awie3

Tambah Awie lagi, Rozana tidak menghantar dua anaknya kembali ke sekolah sejak dilarikan pada 9 Februari lalu. Kecewa dengan tindakan tersebut, Awie berharap agar Rozana kembali menghantar mereka ke sekolah demi kepentingan pelajaran mereka.

Bawa mereka lari satu hal malah tidak hantar mereka ke sekolah. Saya membayar yuran mereka bukan untuk disia-siakan begitu sahaja dan berasa pelik dengan tindakan anehnya.

Harap perkara ini dapat diselesaikan dengan segera, iyalah kesian dekat anak-anak yang mungkin jadi mangsa siap tak dihantar ke sekolah.

Kredit Berita : mStar

SKIP THIS AD ×