Nampaknya kisah pergolakan rumahtangga penyanyi dan pelakon terkenal, Awie dan isterinya Rozana Misbun masih lagi berlarutan.
Hari ini, menerusi laporan mStar Online, Mahkamah Tinggi Syariah mengenepikan perintah hak jagaan anak secara sebelah pihak yang diperoleh penyanyi itu dua bulan lalu.
Maknanya, Rozana akan dapat menemui anak-anaknya selepas ini kan? Malah, Awie turut diperintah untuk membayar kos sebanyak RM900 kepada Rozana.
Kenangan Awie dan Rozana
Peguam Rozana berkata, pihaknya akan mendengar afidavit jawapan daripada Awie tentang beberapa perkara yang telah dikemukakan sebelum ini.
Akhirnya kita akan dengar versi daripada pihak Awie dalam apa-apa yang kita dakwa sebelum ini seperti sijil nikah, alamat salah dan beberapa isu berbangkit.
Insya-Allah dijangka dalam pertengahan November kita dapat satu keputusan penuh tentang kes ini.
Kalau korang nak tahu, Rozana dah tak sabar nak bertemu dengan anak-anaknya tau. Maklumlah, dah berbulan ibu dan anak-anak ini terpisah.
Alhamdulillah saya bersyukur dengan keputusan ini dan saya harap dapat jumpa anak saya secepat mungkin.
Sekadar imbas kembali, Awie telah dihadapkan ke Mahkamah Majistret Ampang Julai lalu atas tuduhan sengaja mendatangkan kecederaan terhadap isterinya, namun, Awie mengaku tidak bersalah atas pertuduhan tersebut.
Manakala, pada Ogos lalu, Awie turut mengemukakan bantahan terhadap permohonan isterinya untuk mengenepikan hak penjagaan sementara terhadap 3 anak mereka iaitu Putra Ahmad Merrah, Putra Ahmad Rezzki, dan Puteri Qasseh Antasha.
Artikel Berkaitan :
- Didakwa Pukul Isteri, Awie Mengaku Tidak Bersalah Di Mahkamah
- Breaking News: Awie Dapat Hak Penjagaan Anak Sementara & Perintah Injuksi Terhadap Rozana Misbun
Apapun, kami harapkan kes Awie ini akan selesai dalam masa terdekat. Kita yang membaca ni, jangan mengumpat tak tentu hala pula, doakan yang terbaik buat mereka ya?