berita

Rozana Desak Awie Hentikan Publisiti Murahan

February 27th, 2015 | by Wan
Isu & Kontroversi

awie1

Ekoran dakwaan Awie yang mengatakan dirinya membawa polis bersenjata ketika melarikan dua orang anak mereka dari sekolah, Rozana tampil menemplak kenyataan suaminya itu.

Artikel Berkaitan : Rozana Bawa Polis Bersenjata Larikan Anak Awie

Tambah Rozana, tindakan Awie tersebut disifatkan sebagai mencari publisiti murahan bagi melariskan konsertnya. Sampai macam tu sekali ke?

Henti Berhalusinasi – Rozana

roz

Bercakap kepada mStar, Rozana meminta Awie agar berhenti mencari publisiti murahan dengan memanipulasi keadaan anak-anak. Malah soal polis bersenjata juga tidak wujud.

Saya harap Awie berhentilah berhalusinasi dan tahu membezakan antara fantasi dan realiti. Soal polis berpakaian preman, bersenjata semua tu, ia tidak wujud sama sekali.

Saya faham Awie perlukan publisiti bagi melariskan konsertnya. Tapi tolonglah jangan heret saya dan anak-anak dalam kancah itu. Saya tak perlukan publisiti murahan macam ini untuk meraih perhatian sebab saya hanyalah seorang ibu yang hanya memperjuangkan hak untuk anak-anak yang cuba dinafikan oleh Awie.

Tambah Rozana lagi, istilah ‘larikan anak’ sama sekali tidak wujud memandangkan kedua-duanya adalah darah dagingnya dan memperoleh hak jagaan sementara.

Istilah ‘larikan anak’ tu macam tak kena sebab Putra Ahmad Rezzki dan Putri Qasseh Antasha adalah anak kandung saya. Saya tak larikan anak orang tapi anak daripada darah daging saya sendiri!

Urusan Tergendala Kerana Sijil Nikah Palsu

ok

Ditanya mengenai status persekolahan anaknya yang tertangguh sejak 9 Februari lalu seperti yang didakwa Awie, ini jawapan Rozana:

Apabila mahkamah syariah memutuskan bahawa sijil nikah kami palsu, maka secara automatik, sijil kelahiran atau surat beranak anak-anak menjadi tidak sah dari sudut undang-undang kerana sijil nikah itulah yang tertera pada sijil kelahiran anak-anak.

Urusan pertukaran sekolah memamg saya sedang usahakan namun ia tertangguh kerana  melibatkan banyak pihak termasuklah JPN (Jabatan Pendaftaran Negara).

Bagi saya tak perlulah hantar anak ke sekolah swasta yang mahal yurannya. Tun Mahathir dulu pun bersekolah di sekolah kerajaan saja tapi tengoklah kejayaannya sebagai pemimpin dikagumi dunia.

Kita tunggu pula jawapan daripada Awie pula tentang dakwaan dirinya sengaja mencari publisiti murahan untuk melariskan konsert. Andai benar, kami tak boleh nak cakap apa lagi lah!

SKIP THIS AD ×