berita

Rumah Tangga Bahagia Jika Isteri Berjaya Temukan ‘Soft Spot’ Rahsia Suami Ini..Cuba Cari!

February 23rd, 2016 | by Wan
Make-It-Senang

suami

Mendirikan rumah tangga dan hidup bahagia bersama insan yang kita cintai pastinya harapan bagi setiap insan di muka bumi ini. Namun dalam hubungan rumah tangga kadang kala wujud salah faham, kecil hati, rasa tidak dihargai dan sebagainya.

Namun semua itu boleh diatasi sekiranya isteri dapat mengenal pasti ‘soft spot’ suami. Apa yang dimaksudkan dengan ‘soft spot’ tersebut? Ikuti perkongsian wanita ini.

Cari ‘soft spot’

bh

CARI ‘soft spot’ SUAMI

Soft spot: Qurratu Ain: Penyejuk mata: Pelega hati.

Semalam saya ada terdengar suatu tazkirah menarik di radio IKIM. Ustaz tu menyampaikan satu point yang sangat menarik yang sebelum ni saya belum pernah dengar.

Ustaz tu cakap, orang lelaki ni kalau kita dapat jaga beberapa kehendak utama dia, maka segala masalah yang berlaku adalah masalah kecil bagi dia. DAN beberapa perkara ni mesti dicari oleh para isteri. Sebab tak sama mana-mana lelaki. Herher.

Ustaz tu kata tak banyak pun. Ada 3-4 benda je.

Contohnya,

1. Ada suami nak isteri teman sebelah setiap kali dia makan. Kalau isteri sibuk nak buat kerja basuh pinggan lah sapu rumah lah, maka suami tak selera makan, lepas tu benda-benda kecik lain pun jadi masalah. Sebab qurratu ain dia tak dijaga.

2. Ada juga suami yang qurratu ain dia adalah kopi. Setiap kali balik, dia cukup bahagia kalau di hulur secawan kopi panas sebelum sempat suami minta. Dia senyum, dia lega, tambah sayang.

Kadang-kadang ada isteri tak nampak, sampaikan suami ke dapur sendiri buat air.

3. Boleh jadi juga qurratu ain suami adalah bila isteri suka teman atau melayan hobi suami. Teman berkebun ke, teman suami bersihkan akuarium ke. Tak semestinya jadikan hobi suami tu hobi kita juga, cukup sekadar teman, bagi idea. Melayan.

Ini contoh jeee, bergantung pada suami. Apa yang dia suka. 3-4 perkara paling penting.

Alangkah indahnya..

bhagia

SITUASI.

Ustaz cerita, pernah dia nampak seorang isteri marah-marah (membebel) suaminya depan org ramai, tetap suaminya tersenyum macam tak ada apa yang berlaku. Tak melenting, tak mengamuk. Rileks.

Semestinya itu bukan perkara baik dari seorang isteri. Tetapi melihat tindakan suaminya yang tidak memberi respon negatif, ustaz percaya si isteri ini berjaya menjaga qurratu ain suaminya, beberapa kehendak utama suaminya terjaga. Maka masalah-masalah lain dirasakan kecil dan boleh diselesaikan.

Alangkah indah kalau isteri dapat jaga Qurratu Ain suaminya, insyaAllah selesai beberapa perkara besar dalam rumahtangga.

Masalahnya, kadang-kadang orang lelaki ni pun tak tahu apa yang dia mahu. So, kita lah yang kene study dan perhati, apa yang mampu buat suami rasa terjaga, senang hati, mood jadi baik. Kadang-kadang benda kecik-kecik ni kesannya besar.

Apa pun, ini sahaja belum cukup untuk menjamin kebahagiaan pasangan. Perlu ada kasih sayang, hormat menghormati, percaya, amanah dan lain-lain.

Sumber : Ruqayyah Farhani

SKIP THIS AD ×