Pelakon Ola Bola, Luqman Hafidz, memilih untuk tidak memberi sebarang kenyataan berkenaan rumah tangganya yang dikhabarkan bermasalah kerana perlu menjaga hati ramai pihak.
Artikel Berkaitan: Rizky Billar Sudah Lafaz Cerai Talak Satu Pada Lesti Kejora
Artikel Berkaitan: Suami Didakwa Ada Perempuan Simpanan, Rumah Tangga Krisdayanti Bergolak?
Netizen ragu dengan rumah tangga Luqman
Luqman Hafidz, 31, menyatakan bahawa dirinya belum mempunyai kekuatan untuk menjawab isu rumah tangganya yang dikatakan bermasalah apabila pelakon itu tidak lagi memuat naik gambar keluarganya di media sosial.
Menerusi laporan Kosmo, Luqman hanya menunggu masa yang sesuai untuk memberi respon terhadap hal tersebut. Tambah Luqman, dia hanya mahu menghargai naskhah pertama arahannya yang bakal ditayangkan pada November 2022 di Youtube Astana Motion Studio yang berjudul Astana Mini Series.
Agak berat untuk saya memberi respon terhadap isu ini (rumah tangga), jadi, biarlah saya ‘enjoy’ dahulu dengan projek pertama arahan daripada saya sendiri. Lagipun saya memang mengelak untuk muat naik kisah privasi saya di media sosial untuk elak menjadi isu seperti ini dan perkara itu boleh memberi kesan kepada keluarga saya juga.
Luqman menyedari bahawa seorang pelakon itu tidak lari daripada tanggapan orang, namun begitu, dia menyatakan dirinya sentiasa terima dan hormat pandangan orang dan semoga netizen juga memberikan perkara yang sama kepadanya.
Luqman dan isteri, Nurul Atiqah Mad Apandi telah mendirikan rumah tangga pada 20 Mac 2020 dan hasil perkahwinan dikurniakan seorang cahaya mata perempuan yang berumur setahun lapan bulan.
Sumber: Kosmo