berita

Saharul Ridzuan Bagi ‘Hint’ Nak Anak Lagi Dalam Surat Terbuka Kepada Isteri?

January 23rd, 2018 | by Wan
Kini Trending

Pelakon, Saharul Ridzuan dan isterinya adalah antara pasangan artis yang sering mendapat perhatian netizen. Setiap kali pelakon drama ‘Seindah Takdir Cinta’ itu memuat naik gambar bersama isteri, pasti sahaja menerima banyak tanda suka memuji pasangan sama cantik sama padan itu.

Terbaru, Saharul telah berkongsi gambar perkahwinannya bersama isteri, Deena Emir di akaun Instagram (IG) peribadinya. Apa yang mendapat perhatian adalah kapsyen yang mengiringi foto berkenaan. Saharul dilihat telah menulis surat terbuka dengan kata-kata manis buat isteri tercinta. Macam bagi ‘hint’ nak anak lagi pun ada juga.

Berpuluh tahun saya mencari pemilik hati saya

Assalamualaikum sayang. .
Surat terbuka utk isteri @deenaemir.

Terima kasih hadir dan berjumpa saya sejak jodoh kita ditulis di Luth Mahfuz. Selama berpuluh tahun sy mencari pemilik hati saya dan ditakdirkan saya menjadi mahram awak..

Terima kasih berikan Luth Ali

dan sekarang awak hadiahkan saya seorang amanah Allah, anak kita Muhammad Luth Ali, InShaaAllah buat selama lamanya. Bantulah saya supaya keluarga kita bersama sama di syurga Allah. Tujuan surat ini ditulis bukanlah untuk mengambil hati sayang untuk Ali bertemankan seorang adik, tetapi tulus ikhlas dari suami. 

Ayat penutup paling ‘Win”. Dalam pada Shahrul mengatur baik ayat-ayat manisnya, dia tidak terlepas dari bermain nakal dalam kapsyennya dengan menjelaskan surat ini tidak bertujuan untuk mengambil hati isterinya untuk mendapatkan Ali seorang adik, sebaliknya ikhlas dari hati.

Amboi, pandai betul Saharul ambil kesempatan eh. Apa-apa pun, kami mendoakan yang terbaik buat pasangan ini dan mungkin dalam masa terdekat, Ali akan dapat adik?

Netizen terhibur

Sumber: Instagram Shaharul Ridzuan 

SKIP THIS AD ×